Ermmm, Bahasa Menunjukkan Bangsa?
[My Malaysiana]
Betulkah kata orang Bahasa Menunjukkan Bangsa ni? Selama menjadi citizen republic of Malacca ni, setahu aku... dah terkenal seluruh tanahair orang Melaka antara Malaysian yang peramah (top three)*. All races. In my hometown, we've Malays (plus minority Jawa, Banjar, Bugis etc), Chinese, Baba & Nyonya, Indian, India Muslim, Chetty, Eurasian, Portugis, almond London etc. Different races and religious, multi culture and language and all this mix together becomes cheerful original pure abusive word-proof Malaccan.
Not everytimes we use what outsiders says abusive in our conversation. And for sure we didn't easily curse (maki) outsiders (i.e lahabau, hawauu, mak kau, kepala #*$! kau etc.) especially to our guest. Come on mate, if you think that the reality, how come Malacca can be another tourist attraction for Malaysia especially for the southern region.
So what your point of view to rojak language like I did... So how with my race? *%#@!!!
From UTUSAN MALAYSIA (Free Editon)
Top Three - Alor Gajah, Melaka Tengah, Jasin*

Orang Melaka diminta tinggalkan ungkapan lahabau
By AZMAN IBRAHIM
MELAKA 18 Jan. - Budaya sebahagian masyarakat di negeri ini yang gemar berseloroh menggunakan bahasa kasar seperti celaka dan lahabau kau wajar ditinggalkan kerana ia sudah lapuk dan tidak melambangkan ketinggian ketamadunan Melayu.
Walaupun penggunaan perkataan sedemikian termasuk juga hawau dan sial kau sebagai tanda `mesra', Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan Negeri, Datuk Ramlah Abbas berpendapat, ia tidak elok ditujukan kepada orang lain kerana membawa maksud tidak baik.
Meskipun mesej yang hendak disampaikan baik, penggunaan perkataan itu tidak sesuai dan bertentangan dengan budaya masyarakat Melayu, tegas beliau.
``Perkataan-perkataan itu memang tidak elok. Memang tidak dapat dinafikan dan tidak boleh dibahaskan lagi.
``Kebanyakan orang Melayu yang berumur 35 tahun ke bawah tidak pandai menilai budaya dan adat mana yang baik dan buruk untuk dijadikan amalan mereka.
``Golongan tua pula sebenarnya mempunyai asas budaya yang kukuh, tetapi mereka perlu disedarkan supaya menjadi contoh yang baik kepada golongan yang lebih muda untuk lebih bersopan santun,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Beliau mengulas mengenai Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini.
Kempen itu antara lain bertujuan memupuk sifat-sifat terpuji dalam masyarakat.
Bagi mencapai matlamat itu, Ramlah berkata, generasi masa kini perlu diberi suntikan nilai-nilai murni dan tatasusila bagi memelihara adat Melayu yang semakin dilupakan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan Negeri, Datuk Wira Amid Nordin pula berkata, remaja sasaran terbaik bagi kempen itu.
Pada masa ini, katanya, kebanyakan remaja negeri ini telah hilang identiti, budaya dan nilai-nilai murni sehingga mereka tidak tahu untuk berbahasa dengan golongan muda, sebaya atau lebih tua.
``Kalau di negara ini, sebut saja orang Melaka, ramai yang beranggapan rakyatnya gemar menggunakan perkataan kesat dan kasar.
``Saya tidak setuju jika perkataan maki-hamun dan mencarut itu dijadikan amalan oleh sesiapa sahaja kerana ia tidak baik dan memang wajar ditolak,'' jelasnya.
Amid mencadangkan setiap aktiviti sempena kempen itu perlu dijalankan di kompleks beli-belah dan pusat tumpuan remaja bagi menarik perhatian golongan terbabit.
Top Three - Alor Gajah, Melaka Tengah, Jasin*
<< Home