29 March 2005

When not all sausage here HALAL VI

[My Malaysiana][InterFaith]

When finally thy found its not HALAL actually


Seized sausages free of pork

KUALA LUMPUR (Bernama): The Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry has confirmed that the sausages and burgers seized from two food-processing plants in Jalan Ipoh and Selayang Baru were free of pork.

Minister Datuk Mohd Shafie Apdal said DNA analysis conducted by the Chemistry Department in Petaling Jaya on the sausages found that they were made of chicken, while the casing was sourced from chicken, sheep and vegetables.

"Pork was not detected," he told reporters here yesterday.

He was announcing the results of the analysis on 150 cartons of chicken sausages seized from the Muller Sausage Haus plant and 65 cartons of chicken and beef burgers confiscated from the Pacific Refrigerating plant in the March 14 raid.

The results were similar for sausage samples supplied by Muller Sausage Haus to the restaurant in the Ikea furniture hypermarket in Damansara.

Mohd Shafie said the DNA analysis was conducted based on the MS1500 Halal Food (Production, Handling and Storage) Standard-General Guidelines gazetted on July 10 last year.

Despite the negative findings, both factories would be charged under Section 15 of the Trade Descriptions Act 1972 for using "halal" logos issued by the Selangor Islamic Religious Department that had expired on Jan 28 last year, he said.

If found guilty, the companies are liable to a maximum fine of RM250,000.

When asked whether the companies had been allowed to resume operations, Mohd Shafie said it was up to the companies.

They could also apply to renew their "halal" logos, he said, adding that the Malaysian Islamic Development Department held the authority to issue the logo.

He also said that the ministry would continue to carry out checks to ensure that plants producing food for Muslims used ingredients only from "halal" sources.


From Berita Harian

Sosej keluaran dua kilang tiada bahan asas babi
Oleh Rohaniza Idris

KUALA LUMPUR: Analisis Jabatan Kimia ke atas contoh sosej yang dirampas dari dua kilang di Selayang pada 14 Mac lalu, mendapati tidak ada sebarang bahan berasaskan babi dalam pembuatannya.

Sebaliknya, ujian deoxyribonucleic acid (DNA) itu mendapati empat contoh sarung sosej itu dibuat daripada sumber bebiri, satu daripada tumbuh-tumbuhan, tiga contoh sosej tanpa sarung daripada sumber ayam, manakala tiga sosej bersarung daripada sumber ayam dan bebiri.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal ketika mengumumkan keputusan ujian Jabatan Kimia itu, mengesahkan bahawa tiada sosej dan sarung sosej keluaran kilang Muller Sausage Haus Sdn Bhd dan Pacific Refrigerating Sdn Bhd dibuat daripada sumber babi.

"Saya berpuas hati dengan analisis DNA yang dilakukan Jabatan Kimia dan berharap dengan keputusan itu, pengguna mendapat maklumat yang jelas berhubung isu sosej ini," katanya pada sidang akhbar khas di ibu pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), di sini semalam.

Hadir sama timbalannya, Datuk S Veerasingam, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Talaat Husain, Ketua Pengarah Penguat Kuasa kementerian, Datuk Abdullah Nawawi Mohamed dan Ketua Pengarah Jabatan Kimia, Kee Sue Sing.

Pada 14 Mac lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Agama Islam Selangor dan Jabatan Kesihatan menyerbu dua kilang sosej di Selayang itu serta merampas 200 kotak berisi sosej, kotak kosong dengan logo 'halal' yang tidak sah, pelekat dan sarung plastik.

Selain itu, sebuah restoran di Gedung Perabot Ikea di Damansara Utama, yang dipercayai menjadi pelanggan utama kilang sosej itu, turut diserbu dan 50 kotak berisi produk berkenaan dirampas.

Mohd Shafie berkata, ujian DNA Jabatan Kimia yang menggunakan teknik 'polymerase chain reaction' pada 23 Mac lalu mendapati sumber sosej keluaran dua kilang berkenaan adalah daripada ayam, manakala sarungnya daripada bebiri,

"Sampel sosej yang diambil daripada Medan Makan Pasar Raya Perabot, Ikea juga disahkan tidak mengandungi babi," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, kedua-dua kilang itu tetap akan dikenakan tindakan kerana menggunakan sijil halal Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang sudah tamat tempoh.

Katanya, kedua-dua kilang itu akan dikenakan kompaun mengikut Seksyen 15, Akta Perihal Dagangan 1972 kerana menggunakan logo yang tidak dibenarkan agensi yang mengeluarkan sijil.

Akta itu memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali bagi perseorangan dan RM250,000 bagi syarikat korporat yang didapati bersalah.

Kedua-dua kilang itu masih ditutup selepas diarahkan menutup operasi selama 14 hari oleh Kementerian Kesihatan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Mohd Shafie berkata, kementeriannya akan terus menjalankan pemeriksaan untuk mengetahui sumber bahan bagi membuat sosej daripada syarikat terbabit sama ada datang daripada sumber halal atau sebaliknya.

"Kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika sumber makanan bukan halal digunakan dalam pembuatan sosej. Keputusan Jabatan Kimia ini membuktikan kementerian sentiasa berlaku adil dalam menentukan sebarang kesalahan dan tidak terburu-buru membuat tuduhan.

"Bagi kes sebegini, kementerian akan mendapatkan khidmat analisis melalui kaedah DNA untuk mendapatkan kepastian mengenai bukti dan contoh yang diambil. Kita akan memastikan pendekatan ini diteruskan dalam menghadapi kes seumpama ini," katanya.


From Harian Metro

Sosej 2 kilang tidak guna bahan haram

KUALA LUMPUR: Sosej dikeluarkan dua kilang di pinggir bandar raya ini yang sebelum ini meragukan umat Islam serta menimbulkan kontroversi kerana disyaki menggunakan sumber babi, disahkan tidak menggunakan bahan yang diharamkan mengikut Islam.

Sebaliknya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Shafie Apdal, berkata kajian dan analisis Jabatan Kimia terhadap 11 sampel sosej dan sarung sosej dikeluarkan kilang berkenaan mendapati ia dibuat daripada sumber kambing biri-biri, tumbuhan dan ayam.

Katanya, kajian dan analisis itu dijalankan menggunakan teknik DNA dan berpandukan piawaian MS 1500 Makanan Halal - pengeluaran, pengendalian dan penyimpanan - Garis Panduan Umum yang diwartakan pada 10 Julai 2004.

"Saya berpuas hati dengan analisis DNA menggunakan teknik Polymerace Chain Reaction (PCR) yang dilakukan Jabatan Kimia dan kini jelas sosej dan sarung sosej yang dikeluarkan dua kilang berkenaan tidak langsung menggunakan sumber babi dan tidak lagi meragukan pengguna dan masyarakat Islam di negara ini," katanya pada sidang akhbar di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia, di sini, semalam.


Related Links:
  • A quick and more sensitive method to identify pork in processed and unprocessed food
  • Keputusan ujian 7 sampel sosej hari ini
  • When not all sausage here HALAL V
  • When not all sausage here HALAL IV
  • When not all sausage here HALAL III
  • When not all sausage here HALAL II
  • When not all sausage here HALAL