How to stay connected
[My Malaysiana][WWW & Technology]
Email For Them:
Email For Me:
So alternativly Im asking for JARING Wireless for Home users at Anjung Internet JARING KLCC today after work... But again unfortunately ans from their rep, my area was out of JARING coverage. See their MAP. My appt just at the border of their ball.
What the heck is going on here... I'm not at Sipadan Island or Kampung Cenuak or Mukim Jenalik in Kuala Kangsar... [Ok Im just at Hulu Kelang not Ulu Tembeling] Ermmm, what can we call this - online gap and divide. Huahuahuahua... Im really forgot what's MSC all about. Anyone with any IDEA??
Email For Them:
To: selfcare@streamyx.com
Date: Apr 14, 2005 7:21 PM
Subject: Permohonan TM Streamyx
Salam sejahtera;
Saya ada membuat permohonan untuk talian tetap di rumah dan seterusnya bercadang membuat permohonan untuk perkhidmatan TM Streamyx di kedai Telekom Ampang Point pada 12 April yang lalu. Namun apa yang amat mendukacitakan adalah jarak antara rumah saya dengan ibusawat yang terdekat setelah diberitahu oleh kakitangan yang terbabit adalah 5.11 km. Melebihi dari jarak ideal untuk mendapat perkhimatan tersebut.
Oleh itu, secara teknikalnya ianya telah menyebabkan permohonan saya tidak boleh diteruskan dan sebagai alternatifnya kini saya perlu memohon perkhidmatan internet wireless.
Saya berharap pihak Tuan dapat memberikan satu jawapan yang lebih memuaskan hati terhadap permohonan saya ini. Adakah permohonan saya untuk mendapatkan perkhidmatan internet wireless ini akan diproses selanjutnya atau ianya akan hanya tinggal permohonan semata-mata. KIV.
Adakah cara lain bagi mempercepatkan permohonan saya ini kerana saya dan beberapa jiran yang berdekatan, amat-amat memerlukan perkhidmatan TM Streamyx ini bagi menjalankan tugasan disamping untuk tujuan penyelidikan dan pelajaran. Adalah amat memalukan jika faktor jarak ini dijadikan alasan utama untuk menidakkan kami mendapatkan perkhidmatan tersebut. Kini dalam arus kepesatan perkembangan teknologi terkini, sememangnya perkhidmatan internet broadband amatlah diperlukan.
Berikut adalah nama dan alamat saya untuk rujukan pihak Tuan:
Mr 9T9
[My Address]
HP: [My HP number]
Segala perhatian dan tindakan dari pihak Tuan amatlah saya hargai.
Mewakili penduduk-penduduk [My Apartment] dan sekitarnya.
--
G'day mate!
Email For Me:
From: TM Net Customer Care Support
To: [My Email Add]
Date: Apr 16, 2005 7:20 PM
Subject: Re: Permohonan TM Streamyx
Kepada Encik 9T9,
Terima kasih kerana menghantar e-mel kepada pihak kami. Kami memohon maaf di atas kelewatan membalas e-mel ini.
Merujuk kepada pertanyaan Encik 9T9 mengenai perkhidmatan Streamyx di kawasan [My Apartment], Ampang Ulu Kelang, kami memohon maaf kerana tidak dapat menyediakan perkhidmatan tersebut buat masa ini.
Untuk makluman Encik 9T9, perkhidmatan Jalur lebar Streamyx tidak boleh disediakan pada pelanggan yang jarak talian telefon rumah (atau ofis) melebihi 5km daripada ibusawat Telekom yang terdekat. Jarak talian adalah faktor penting pada perkhidmatan Jalur lebar ini dalam menyumbangkan sambungan Internet secara laju dan lancar. Sekiranya jarak talian melebihi 5KM, ia akan mengakibatkan sambungan Internet disambung pada kelajuan yang amat perlahan dan mengalami kekerapan gangguan talian putus pada sambungan Internet.
Walaubagaimanapun, kami ingin memaklumkan bahawa pihak kami mempunyai perancangan untuk menyediakan perkhidmatan Streamyx ini kepada pelanggan-pelanggan terutamanya yang berada lebih 5 km daripada pencawang/ibusawat yang berhampiran. Perancangan ini akan dilaksanakan secara berperingkat.
Bagi perkhidmatan Streamyx Wireless pula, perkhidmatan tersebut hanya terdapat di kawasan-kawasan berikut buat masa ini:
1. Kepong, Tmn Ehsan
2. Kepong, Tmn Sri Ehsan
3. Kepong, Taman Daya
4. Kepong, Taman Sri Damansara
5. Kepong, Sri Wangsa Permai
6. Bukit Antarabangsa
7. Bukit Besi
8. Sri Hartamas
9. Kenny Rise
10. Jelutong, Penang
11. Seberang Jaya
12. MMU, Melacca
13. TM Malim
Berdasarkan kepada senarai yang dinyatakan di atas, dukacita dimaklumkan bahawa kawasan Encik 9T9 tidak termasuk di dalam kawasan perkhidmatan Streamyx Wireless. Namun begitu, sekiranya Encik 9T9 ingin mendapatkan maklumat yang lebih jelas mengenai perkhidmatan Streamyx Wireless ini, Encik 9T9 boleh merujuk kepada mana-mana outlet Clickers yang berhampiran.
Sekali lagi kami memohon maaf di atas segala kesulitan dan masalah yang dihadapi berkenaan dengan ketiadaan perkhidmatan Streamyx di kawasan Encik 9T9 ini.
Kami berharap penjelasan tersebut dapat membantu encik.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 1-300-88-9515 (dari 8:00 pagi hingga 12:00 tengah malam ~ 7 hari seminggu) atau e-mel streamyx@tm.net.my.
Terima kasih.
Sekian,
[Her Name]
Customer Care Support, CRM
TM Net Sdn. Bhd.
Website: http://isp.tm.net.my
So alternativly Im asking for JARING Wireless for Home users at Anjung Internet JARING KLCC today after work... But again unfortunately ans from their rep, my area was out of JARING coverage. See their MAP. My appt just at the border of their ball.
What the heck is going on here... I'm not at Sipadan Island or Kampung Cenuak or Mukim Jenalik in Kuala Kangsar... [Ok Im just at Hulu Kelang not Ulu Tembeling] Ermmm, what can we call this - online gap and divide. Huahuahuahua... Im really forgot what's MSC all about. Anyone with any IDEA??
<< Home