When you better say nothing at ALL
[My Malaysiana]
From The Star
From Berita Harian
Related News:
Mahkamah Tinggi: Hasmawi kena buatan orang
Related Post:
Its cost him RM25,470 legally
Some say he still can play
Be strong... Ms. Norlida
Opinion on Runaway groom
Yess thats you are right Ms. Norlida
Another part of the story
Ditched bride going to court, finally
Runaway bridegroom, so see you at court.
Runaway Bridegroom?
From The Star
Runaway groom claims he was a victim of black magic
By Charanjeet Kaur
KUALA LUMPUR: Footballer Hasmawi Hassan, who made headlines in December last year for allegedly ditching his bride-to-be, said he was a victim of black magic and could not go through with the marriage.
The 24-year-old Kedah player said a week before their akad nikah (marriage solemnisation) he had told nurse Norlida Abdul Rahman about his situation but she refused to accept it.
Apart from being physically and emotionally depressed due to the alleged black magic, he said, he could not continue with the wedding due to the many differences between them.
In her suit, filed on Dec 23, Norlida had said that Hasmawi had misled her into believing that he was sincere in wanting to marry her but subsequent events showed he had no intention to honour his promise.
She said Hasmawi also induced her into believing that the akad nikah and the wedding ceremony would be held on Dec 17 and 18, respectively, when he had no intention of doing so.
She added that she suffered anxiety, embarrassment, shame, mental agony and pain as a result of Hasmawi's conduct and breach of promise to marry her.
For the wedding ceremony, Norlida is claiming the costs of catering, marriage presents, new clothes, invitation cards, bedroom sets and other items.
For the engagement ceremony on July 12, 2003, she is claiming the costs of catering, engagement presents, new clothes and other expenditure.
Hasmawi in return filed a counter claim seeking special and general damages from Norlida.
In his statement of defence filed through Yusmadi & Co at the Muar High Court on April 22, Hasmawi said it was not wise of Norlida not to understand his problem.
Instead, he alleged, she made a misrepresentation to those who turned up at their akad nikah and to the media by not telling the true reason behind the cancellation of their wedding.
Hasmawi also said that on Dec 9, his foster father was gravely ill and he was emotionally disturbed and not ready to get married.
He said he was very close to his foster father but Norlida refused to understand this and instead accused him of being selfish.
Hasmawi said his foster father passed away on Dec 25 and even before his death Norlida had refused to meet him. This, he said, also caused a rift between him and Norlida.
Hasmawi said his feelings for Norlida started to change in 2002 after frequent misunderstandings between them, and it became so bad that he had to seek alternate medication.
He also said that some time in December last year, he sought traditional treatment from several bomohs (Malay healers), who confirmed that he was a victim of black magic.
He further pleaded that he had the right to postpone or cancel the wedding and would give his reasons at the trial.
No dates have been fixed yet for the hearing.
From Berita Harian
Hasmawi dakwa mangsa 'buatan orang'
Oleh Ahmad Johari Mohd Ali
KUALA LUMPUR: Pemain bola sepak Kedah, Hasmawi Hassan, yang membatalkan perkahwinannya dengan jururawat, Norlida Abdul Rahman, pada saat akhir Disember lalu, mendakwa dia bertindak demikian kerana 'penyakit buatan orang'.
Hasmawi, 24, mendakwa keadaan kesihatannya ketika itu turut diketahui Norlida, 24 dan keluarga bekas tunangnya itu.
Perkara itu dinyatakan dalam afidavit pembelaan yang difailkan Hasmawi melalui peguamnya, Mohd Yusmadi Yusof di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Muar, Johor, pada 22 April lalu. Dokumen itu diperoleh media di Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Pada 23 Disember lalu, Norlida, 24, memfailkan writ saman malu di Mahkamah Tinggi Muar terhadap Hasmawi kerana didakwa membatalkan perkahwinan mereka sebelum pernikahan berlangsung pada 17 Disember.
Dalam saman itu, plaintif menuntut defendan membayar ganti rugi am, ganti rugi khas berjumlah RM25,470, faedah pada kadar lapan peratus setahun untuk ganti rugi am daripada tarikh penyampaian saman dan penyataan tuntutan hingga ke tarikh penghakiman.
Selain itu, Norlida turut meminta faedah pada kadar empat peratus bagi ganti rugi khas dari 18 Disember hingga ke tarikh penyelesaian penuh, kos dan relif lain.
Bagaimanapun, dalam afidavit balasan, Hasmawi mendakwa keluarga Norlida, terutama kakak ipar bekas tunangnya itu, mengetahui yang dia pernah mendapat khidmat nasihat bomoh di Johor dan pengamal tradisional yang mengesahkannya terkena 'buatan orang' serta tidak membolehkannya berkahwin.
Hasmawi mendakwa dia mendapat khidmat bomoh dan pengamal perubatan tradisional sekitar Disember 2004 selepas mengalami keadaan fizikal dan emosi yang terganggu sejak 2002 lagi.
Akibat tekanan itu, Hasmawi menghilangkan diri tanpa diketahui keluarganya sendiri yang kemudian dimaklumkan oleh kakak iparnya kepada plaintif.
Defendan juga mendakwa seminggu sebelum majlis pernikahan itu, dia memberitahu Norlida yang perkahwinan mereka tidak dapat dilangsungkan kerana banyak masalah antara mereka, tetapi plaintif enggan membatalkannya malah mendesaknya untuk berkahwin.
Sehubungan itu, Hasmawi menegaskan tidak wajar bagi plaintif untuk mendakwa pembatalan perkahwinan itu dibuat hanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), 19 jam sebelum pernikahan.
Hasmawi mendakwa, SMS itu yang berbunyi "Pa minta maaf harap Ma faham. Mungkin ditakdirkan kita tak ada jodoh. Minta maaf kat abah dan mak, bukan niat Pa untuk malukan depa...", bukan komunikasi pertama dengan plaintif mengenai niatnya untuk membatalkan perkahwinan itu.
Dia juga mendakwa Norlida sengaja membuat pernyataan salah kepada hadirin dan media dengan tidak menceritakan keadaan sebenar, malah merelakan dirinya dipergunakan untuk mendapat publisiti dan memalukan defendan.
Hasmawi mendakwa, sebelum itu mereka juga sering berselisih faham kerana sikap Norlida yang suka memintanya membelikan pelbagai barang, malah dia bertanggungjawab menjaga kewangan bekas tunangnya itu sejak berkenalan hingga plaintif menamatkan kursus kejururawatan di Pulau Pinang.
Hasmawi mendakwa dia banyak berbelanja untuk memenuhi permintaan Norlida antaranya tiga telefon bimbit, dua set gelang kaki emas, rantai mutiara, sebuah televisyen dan pakaian.
Dia juga mendakwa meminjamkan kad ATM kepada Norlida dan bekas tunangnya itu mengambil kesempatan dengan mengeluarkan secara tetap sejumlah wang setiap bulan daripada akaunnya, malah selepas perkahwinan mereka dibatalkan.
Sehubungan itu, Hasmawi memohon mahkamah menolak permohonan Norlida dan membuat tuntutan balas kerana plaintif membuat kenyataan salah, menyembunyikan fakta sebenar dan sengaja membenarkan dirinya dijadikan publisiti murahan media.
Selain itu, Hasmawi mendakwa, akibat kenyataan dan temu ramah antara plaintif dengan media, ia dan ahli keluarganya mengalami tekanan emosi serta menimbulkan spekulasi yang kononnya dia berkahwin di Thailand.
Dengan itu, Hasmawi menuntut semua perbelanjaan yang dibelanjakan kepada plaintif serta ganti rugi khas, ganti rugi am dan teruk kerana tingkah laku Norlida yang mengecewakan kontrak perkahwinan.
Related News:
Related Post:
<< Home