Al-Fatihah
Dengan ketentuan dan takdir Allah Azzawajalla, tuhan yang berkuasa untuk menentukan segalanya; adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Ayahanda Saudara iaitu,
Dato' Hj. Muhamad Saleh @ Ibrahim Bin Hj Ujang PJK, DSNS
telah kembali ke Rahmatullah pada 10 November 2004 bersamaan 27 Ramadhan 1425 jam 6.50 petang di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Seluruh ahli keluarga dan sanak saudara mengucapkan jutaan terima kasih di atas bantuan serta khidmat terhadap Allahyarham terutama buat kakitangan, jururawat dan para doktor bertugas semasa beliau dirawat di hospital Daerah Tampin, Hospital Besar Seremban dan Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Tidak lupa juga buat semua sahabat handai, sanak saudara dan semua individu yang mengunjungi dan mendoakan Allahyarham disepanjang hayatnya tidak kira di mana jua.
Dikesempatan ini juga, kami ingin mengucapkan ucapan terima kasih buat semua tetamu terhormat serta individu-individu yang sempat hadir dalam upacara pengkebumian Allahyarham pada hari ini. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik saudara-saudara sekalian ini Insya Allah.
Bersamalah kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama roh para Aulia dan Ambia, dan keluarga tersayang yang ditinggalkan beroleh kesabaran dan keredhaanNya diatas segala ujian ini.
Amin ya Rabbal Alamin.
<< Home