20 January 2005

Any Kelantanese here?

[My Malaysiana]

Need to be sopan santun nowadays. Hopefully my words will not so rude, vulgar, abusive and so so today and tomorrow (hopefully). As a Malaccan, we're always to be misundertood as "mulut lancang", insulter, curser, vulgarism etc. Whatever it is... but I'm always proudly to be Malaccan. Now Kelantanese le pulak... sabau ajerlah.

From UTUSAN MALAYSIA (free Edition)

Hentikan binate mu - Nik Aziz

KOTA BHARU 19 Jan. - Selepas Melaka menasihatkan rakyatnya supaya jangan berseloroh menggunakan bahasa kasar celaka dan lahabau kau, Kelantan pula meminta penduduknya jangan bergurau menggunakan perkataan bewok mu (biawak kau) atau binate mu (binatang kau.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika memberi nasihat itu berkata: ``Saya minta masyarakat di negeri mana sekali pun supaya kikiskan budaya sedemikian kerana ia tidak baik. Ini budaya Melayu lama.''

Katanya, budaya suka berseloroh menggunakan bahasa kasar dan buruk melambangkan peribadi yang tidak baik.

Beliau berkata, budaya suka berseloroh menggunakan bahasa kasar dan buruk itu ada dilakukan di mana-mana negeri di negara ini.

``Contoh penggunaan perkataan `biawak' (bewok) di Kelantan. Gurauan ini akhirnya boleh membawa mudarat,'' katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kota Darulnaim hari ini.

Beliau diminta mengulas Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini.

Kempen itu antara lain bertujuan memupuk sifat-sifat terpuji dalam masyarakat.

Nik Abdul Aziz berkata, bagi mencapai matlamat kempen itu, masyarakat mesti diterapkan dengan ajaran agama kerana melalui cara itu sahaja dapat melahirkan masyarakat berakhlak iaitu berbudi bahasa.

Katanya, budi bahasa mustahil boleh dilakukan kalau tidak melalui ajaran agama yang dijanjikan ganjaran syurga di akhirat nanti.

``Mana ada manusia sanggup berbudi bahasa tanpa ada apa-apa ganjaran. Allah cipta manusia dan Allah tahu manusia hendak kepada benda, maka dijanjikan syurga dan neraka,'' katanya.

Justeru beliau berkata, masyarakat berbudi bahasa apabila mereka mengingati syurga dan neraka.

Related post:
  • Ermmm, Bahasa Menunjukkan Bangsa?