29 January 2005

How much its cost... to be a snatch thief

[Crimes]

Finally courts have snatched his freedom for NINE years. Yess! You've got it, may God bless you, and try to behave inside there...

From The Star

Snatch thief gets nine years
By LOONG MENG YEE

SHAH ALAM: The allegedly rich and infamous snatch thief who pursued an extravagant lifestyle has been jailed nine years.

On the first charge, Abdul Khalid Hamid, 45, pleaded guilty to stealing a handbag belonging to one Choong Kim Yin containing, among others, RM40 and a mobile phone.


Abdul Khalid Hamid, 45, was jailed nine years after admitting to being a snatch thief.


He admitted committing the offence at Jalan USJ6/2G in Subang Jaya at 9am on Aug 4, 2004.

Abdul Khalid also admitted to the second charge of keeping 26 stolen items, including identity cards, driving licences, ATM cards and wallets, which were kept in a Mercedes-Benz at his house at Jalan Sungai Congkak 32/46 in Taman Bukit Rimau here on Aug 5.

Sessions Court judge Suraya Othman jailed Abdul Khalid four years for the handbag theft and another five years for having the stolen items.

The punishments were to run consecutively from the date of his arrest on Aug 4 last year.

Abdul Khalid had initially pleaded guilty to the two charges but had a change of heart later and claimed trial.

He changed his plea to guilty again when the two charges were read out to him yesterday.

He, however, maintained his "not guilty" pleas to three other charges, which are: snatching a handbag belonging to one Zuraidah Mohd Dahari, keeping stolen items belonging to four persons at his house in Bukit Rimau, and being in possession of a stolen motorcycle.

The judge said she decided that the jail terms were to be served consecutively based on the criminal act and the large number of stolen items.

"I have to take into account the public interest related to this case".

"I hope this sentence serves as a warning that one has to pay heavily for committing crimes," she said.

Earlier, Deputy Public Prosecutor Sallehuddin Saidin urged the court to mete out a sentence befitting the crimes committed by Abdul Khalid.

Abdul Khalid's counsel Tabian Tahir told the court to take into consideration his client's poor health, saying the accused was suffering from shingles and had stones in his kidney.

"He was out of a job and was forced into committing the criminal acts as he had to support his wife and two children," said Tabian.

A visit to the renovated double-storey house of the accused at Bukit Rimau showed a tightly-shut premises with a signboard hung on the gate declaring that the property had been confiscated.

The plants in the garden had begun to brown from neglect as folks in Bukit Rimau told The Star how the wife and their two children had left the house days after Abdul Khalid's arrest on Aug 4.

"They were a low-profile family, kept mostly to themselves," said a neighbour who declined to be named.


CRIME DOES NOT PAY: He used to live an extravagant lifestyle and drove around in a Mercedez-Benz. Friday, Abdul Khalid Hamid, 45,was jailed nine years after admitting to being snatch thief. His facade of leading a successful life crumbled after he was caught snatching a woman's handbag last year. Now, his extensively renovated house in Bukit Rimau, Shah Alam, has been confiscated by the police. He had lost everything.



Fellow Bukit Rimau resident, Sharil Suhaimi, 25, said it was difficult to believe that the seemingly successful Abdul Khalid had been caught and even charged in court for numerous cases of snatch theft.


From Berita Harian

Peragut mewah mengaku salah kena 9 tahun
Oleh Rafidah Mat Ruzki


ABDUL KHALID dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, semalam.



SHAH ALAM: Peragut mewah, Abdul Khalid Hamid, dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah terhadap dua daripada lima tuduhan dihadapinya iaitu meragut dan menyimpan barang curi.

Abdul Khalid, 45, seorang penganggur, dijatuhkan hukuman penjara empat tahun bagi kesalahan meragut seorang wanita, Choong Kin Yin, 22, di Jalan USJ6/2G, Subang Jaya, kira-kira jam 9 pagi, 4 Ogos tahun lalu.

Dia turut mengaku bersalah menyimpan 26 harta curi dalam Mercedes Benz yang diletakkan di sebuah rumah di Bukit Rimau, Shah Alam, dijatuhkan hukuman penjara lima tahun.

Hakim Suraya Othman, menjatuhkan hukuman itu memerintahkan kedua-dua hukuman dijalankan berturut-turut bermula tarikh dia ditangkap, 4 Ogos tahun lalu.

Abdul Khalid kemudian meminta mahkamah mempertimbangkan hukuman terhadap tiga tuduhan lain iaitu menyimpan harta curi mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan; mencuri, mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan menyimpan harta curi mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan, pindaan kedua.

Suraya dalam penghakimannya berkata, jumlah barang curi yang dijumpai dalam Mercedes milik Abdul Khalid, menunjukkan kesalahan ragut dan samun itu sudah dijalankan beberapa kali oleh seseorang atau beberapa orang serta tertuduh menyimpan barang berkenaan di rumahnya.

Katanya, jumlah harta curi yang banyak itu menunjukkan samun bersiri dijalankan oleh seseorang atau beberapa orang dan Abdul Khalid turut bersubahat.

“Mahkamah berpendapat, hukuman yang diberikan untuk memberi pengajaran dan amaran kepada kamu dan bakal pesalah bahawa melakukan ragut dan samun sebagai sumber rezeki atas penderitaan orang lain adalah perbuatan tidak berfaedah.

“Sebaliknya, peragut itu akan tersingkir daripada masyarakat. Mahkamah mengambil kira tiga lagi pertuduhan yang kamu mahu mahkamah ambil kira,” katanya.

Suraya berkata, hukuman dijatuhkan berasingan berdasarkan fakta pendakwa iaitu barang kes yang dikemukakan terlalu banyak dan ia diperoleh daripada ragut dan samun.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Salehuddin Saidin, memberitahu mahkamah, tertuduh merompak seorang wanita, Choong Kin Yin, ketika mangsa sedang berjalan kaki di Jalan USJ 6/2G, Subang Jaya, dengan meragut beg tangan yang mengandungi satu telefon bimbit jenama Nokia, kad pengenalan, lesen memandu dan wang tunai sejumlah RM40.

“Keterangan (tuduhan memiliki barang curi) menunjukkan bahawa pada 5 Ogos 2004, lebih kurang jam 2.30 petang di dalam Mercedes Benz yang diletakkan di pekarangan rumah di Bukit Rimau, polis menjumpai harta curi seperti yang terdapat dalam pertuduhan pindaan kepada pertuduhan pertama.

“Keterangan menunjukkan harta ini adalah harta curi yang diperoleh tertuduh sama ada melalui hasil perbuatan curi atau rompak,” katanya.

Peguam bela tertuduh, Tabian Tahir, dalam rayuan untuk hukuman ringan berkata, tertuduh berumur 45 tahun dan sudah berhenti kerja sebagai seorang eksekutif di Malaysia Airport Berhad (MAB).

Katanya, tertuduh juga mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja dan dua anak berumur satu dan lima tahun.

“Dia juga sudah mengaku salah dan itu menjimatkan masa mahkamah. Selain itu, dia juga memberi kerjasama baik kepada polis selepas ditangkap.

“Sejak ditangkap, dia sedar dan insaf dengan kesalahan lalu dan pengalaman di penjara memberi pengajaran kepadanya,” katanya.

Salehuddin pula dalam hujahnya berkata, walaupun tertuduh tidak menyebabkan kecederaan tetapi kesalahan itu amat serius kerana tindakan tertuduh meragut beg tangan mangsa boleh mengakibatkan kecederaan serius kepada mangsa.

“Kes ragut sering berlaku dan masyarakat tidak boleh menerima kesalahan seperti ini. Masyarakat mahukan hukuman yang boleh memberi contoh kepada sesiapa yang melakukan kesalahan dan berniat melakukan kesalahan serupa," katanya.

Beliau berkata, keputusan mahkamah perlu mengambil kira kepentingan orang ramai dan masyarakat perlu dilindungi daripada golongan seperti tertuduh.


From UTUSAN ONLINE

`Peragut mewah' dihukum penjara sembilan tahun

By NORAZLITA MOHD. SIES

SHAH ALAM 28 Jan. - Seorang penganggur yang digelar `peragut mewah' dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku salah atas dua daripada lima tuduhan iaitu merompak secara meragut dan menyimpan `khazanah' curi dalam kereta Mercedes Benz di rumahnya di Bukit Rimau, di sini.

Hakim Suraya Othman menjatuhkan hukuman itu ke atas Abdul Khalid Hamid, 45, setelah bapa kepada dua orang anak itu mengambil keputusan untuk menukar pengakuannya.

Abdul Khalid diwakili oleh dua peguam bela, Tabian Tahir dan Hashim Ibrahim.

Ketika menjatuhkan hukuman, Suraya berkata, Abdul Khalid perlu dihukum dengan hukuman yang berat dan setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya.

``Hukuman ini diharap dapat menjadi satu amaran kepada bakal-bakal penjenayah yang mencari rezeki atas penderitaan orang lain,'' kata hakim itu.

Terdahulu selepas pertuduhan dibacakan semula, Abdul Khalid yang memakai kemeja bercorak kotak-kotak mengaku bersalah atas tuduhan merompak dengan cara meragut beg tangan seorang wanita, Choong Kim Yin, 21, yang sedang berjalan kaki pada pukul 9 pagi, 30 Ogos tahun lalu di USJ 62G, Subang Jaya dekat sini.

Dia yang didakwa mengikut Seksyen 390 Kanun Keseksaan boleh dihukum mengikut Seksyen 392 kanun yang sama. Hukuman yang diperuntukkan ialah penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan itu, Suraya memerintahkan supaya Abdul Khalid dipenjarakan selama empat tahun mulai tarikh ditangkap pada 4 Ogos tahun lalu.

Abdul Khalid juga mengaku menyimpan pelbagai jenis harta curi di dalam sebuah kereta Mercedes Benz bernombor pendaftaran WJT 5433 pada pukul 2.30 petang, 5 Ogos tahun lalu di rumahnya di No.4, Jalan Sungai Congkak 32/46, Bukit Rimau, di sini.

Suraya memerintahkan Abdul Khalid dihukum penjara lima tahun bagi kesalahan itu.

Sungguhpun begitu, beliau mengarahkan supaya hukuman tersebut berkuat kuasa selepas dia selesai menjalani hukuman yang pertama.

Sebelum hukuman dijatuhkan, Tabian merayu supaya mahkamah meringankan hukuman anak guamnya memandangkan dia kini telah insaf dan bertaubat sejak menjalani kehidupan di penjara.

Menurut peguam bela itu, beliau diberitahu bahawa Abdul Khalid pernah bekerja sebagai eksekutif di Malaysia Airport Berhad (MAB).

``Oleh kerana desakan hidup ditambah pula terpaksa menanggung dua anak yang masih kecil dan isteri yang tidak bekerja, dia terjebak dalam jenayah ini,'' kata Tabian.

Tambah beliau lagi, sungguhpun seramai 26 orang mangsa yang terlibat, namun tiada sebarang kekerasan mahupun kecederaan dialami oleh mangsa.

Selain menghidap kayap, ujar peguam itu, Abdul Khalid turut menderita penyakit batu karang.

Timbalan Pendakwa Raya, Salehuddin Saidin bagaimanapun mengesahkan, pihaknya bersetuju supaya tiga lagi kesalahan (pertuduhan) iaitu meragut dan menyimpan barang curi di rumahnya serta menyimpan motosikal curi yang dihadapi oleh Abdul Khalid dipertimbangkan bersama dua kesalahan tersebut ketika mahkamah menjatuhkan hukuman.

Salehuddin bagaimanapun menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman yang berat sebagai mesej kepada masyarakat dalam usaha menangani dan mengekang jenayah ragut.

Tambahan pula, kata pendakwa raya itu, sejak kebelakangan ini kejadian ragut semakin berleluasa hingga ada mangsa yang mati dan tidak kurang pula yang mendapat kecederaan serius.

Sementara itu, pelbagai barangan hasil rompakan dipamerkan di atas meja di dalam mahkamah untuk dikenal pasti dan disahkan oleh Abdul Khalid sebagai barangan yang pernah dirampas daripada mangsa.

Antara barangan yang didakwa sebagai harta curi ialah enam keping kad pengenalan, lesen memandu, kad-kad bank, lima buah beg duit dan pelbagai jenis kad termasuk kad akuan nikah dan kad Universiti Malaya serta Prima College dan juga pelbagai jenis kad lain.

Abdul Khalid menjadi bualan dan tajuk utama akhbar sebagai `peragut mewah' kerana mampu memperoleh pendapatan RM10,000 sebulan dan memiliki kereta mewah Mercedes Benz setelah bergiat aktif dalam jenayah sejak dua tahun lepas.

Dia diberkas polis 4 Ogos tahun lalu selepas motosikal Honda EX5 curi yang ditungganginya terlibat dalam satu kemalangan di Subang Jaya selepas dikatakan meragut beg tangan seorang wanita di kawasan berhampiran.