26 February 2005

When we actually not really ready for this

[InterFaith]

From UTUSAN ONLINE

Syor tubuh ICM melulu - Najib -- 'Tidak sensitif dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara'

By ARSHAD KHAN

PEKAN 25 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama Malaysia (ICM) merupakan syor yang tidak sensitif dengan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri juga menegur semua pihak yang mencadangkan penubuhannya termasuk Majlis Peguam supaya tidak membuat sebarang cadangan melulu terutama yang berkaitan dengan agama Islam.

Beliau mengingatkan bahawa sebarang isu berkaitan dengan agama Islam adalah amat sensitif dan perlu dinilai secara serius sebelum sebarang cadangan dibentangkan kepada umum.

"Apa-apa yang bersabit agama Islam adalah perkara yang sensitif, jadi kita (kerajaan) berharap semua pihak mengambil kira hakikat ini dan sebarang cadangan perlulah mengambil kira kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi," jelasnya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Pengeluaran Ulung Mercedes-Benz E-Class dari kilang pemasangan MTB di sini hari ini.

Cadangan penubuhan ICM ditentang hebat pelbagai pihak kerana ia dilihat akan mencampuri urusan agama dan memusuhi undang-undang syariah dengan berselindung di sebalik sebuah badan perundingan dan penasihat.

Semalam, sebanyak 24 pertubuhan agama dan bukan kerajaan termasuk Majlis Peguam menganjurkan Persidangan Kebangsaan Ke Arah Penubuhan ICM dan ia dibiayai oleh sebuah Yayasan Konrad Adenauer.

Sementara itu, banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut berpendapat, usaha Majlis Peguam itu patut dikecam kerana cuba mencabar Islam.

Majlis Peguam pula sebaliknya menyifatkan penubuhan ICM tidak sekali-kali akan memainkan peranan selaku badan penghakiman terhadap pelbagai masalah membabitkan umat Islam termasuk isu murtad.

Mengulas lanjut, Najib berkata, semua pihak harus sedar bahawa Islam merupakan agama rasmi dan telahpun mempunyai badan-badan yang berkuasa dalam membuat sebarang penentuan berkaitan agama itu.

Beliau berkata: "Yang kita galakkan ialah dialog antara agama tetapi tidak semestinya dalam bentuk suruhanjaya dan sebagainya."

Menurut beliau, pentadbiran berkaitan agama Islam di negara ini sudah cukup mantap melalui beberapa pihak berkuasa yang dilantik kerajaan.

Najib juga meluahkan harapan agar isu berkenaan tidak diperbesarkan dengan mengambil kira sensitiviti masyarakat Islam di negara ini.

"Semua pihak berhak untuk membuat cadangan tetapi tidak semua cadangan akan diterima," katanya.


From UTUSAN ONLINE too

Sensitiviti umat Islam tidak dijaga

BANGI 25 Feb. - Persidangan Ke Arah Penubuhan Suruhanjaya Antara Agama Malaysia (ICM) yang berakhir hari ini jelas tidak memperlihatkan kesungguhan penganjur dan peserta untuk memahami serta menjaga sensitiviti umat Islam yang merupakan penduduk majoriti di negara ini.

Ini dapat disaksikan apabila beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan berhubung perlindungan terhadap keistimewaan agama Islam disepakati untuk digugurkan daripada mukadimah draf suruhanjaya berkenaan.

Sehubungan itu seorang Profesor di Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menghadiri persidangan itu menyifatkan langkah tersebut sememangnya akan sama sekali menyebabkan ICM tidak boleh ditubuhkan.

Dr. Shad Saleem Faruqi berkata, apa yang diputuskan dalam persidangan tersebut jelas tidak memahami tentang kehendak umat Islam sedangkan perkara ini boleh diatasi dengan mudah iaitu mengikuti sahaja apa yang dibataskan dalam Perlembagaan.

"Mereka sebenarnya akan gagal untuk menubuhkan ICM dan ia hanya akan menjadi satu perbincangan akademik semata-mata," kata beliau kepada Utusan Malaysia selepas persidangan tersebut di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai perbincangan pada hari terakhir persidangan dua hari itu yang menolak untuk menyatakan secara khusus dalam draf mukadimah penubuhan ICM mengenai halangan penyebaran agama lain terhadap orang Islam dalam Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Tegas beliau, apa yang berlaku sekarang, persidangan telah memutuskan untuk tidak menyatakan secara spesifik mengenai peruntukan Perlembagaan yang melindungi agama Islam dalam draf ICM.

"Malah sewaktu perbincangan mengenainya, ada peserta berhujah dengan mengatakan 'apa yang istimewa pada Islam hingga perlu dimasukkan peruntukan-peruntukan tersebut?

"Ini bagi saya adalah suatu yang tidak sepatutnya ditimbulkan kerana Islam adalah agama kepada Persekutuan dan ia mempunyai kedudukan eksklusif dalam Perlembagaan yang membabitkan kontrak sosial sewaktu negara mencapai kemerdekaan," katanya.

Tambah Shad Saleem, peruntukan keistimewaan terhadap agama yang dianuti oleh rakyat sesebuah negara sebenarnya turut terdapat dalam Perlembagaan di negara-negara lain.

Katanya, sebagai contoh di Nepal dengan agama Hindu, Filipina dan Ireland dengan agama Kristian dan ini tidak boleh dipertikaikan oleh rakyat mengapa tidak ada peruntukan yang istimewa pada agama lain.

"Di Malaysia, Islam telah dianuti berabad lamanya dan oleh itu kita kena terima kedudukannya yang mempunyai keistimewaan tertentu seperti sekarang.

"Sehubungan itu ICM perlu dirangka mengikut lunas Perlembagaan dan mana yang berkaitan keistimewaan Islam seperti yang dijamin dalam Perlembagaan maka ia perlu dinyatakan secara jelas dalam draf penubuhan suruhanjaya itu.

"Jika itu dapat diikuti maka saya memang bersetuju dengan penubuhan ICM kerana ia dapat mengelakkan dari percampuran terhadap urusan agama Islam sebaliknya membataskan kepada apa yang sepatut ICM lakukan seperti memupuk persefahaman antara agama melalui pendidikan," ujarnya.


From Berita Harian

Sensitiviti umat Islam mesti dijaga: TPM

By Ahmad Ghazali Musa

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak mahu sebarang cadangan membabitkan hal berkaitan agama Islam dibuat berhati-hati dengan mengambil kira kedudukannya sebagai agama rasmi dan sensitiviti seluruh umatnya di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pihak yang mengemukakan cadangan mengenai agama Islam perlu peka bahawa wujud pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran agama Islam.

“Apa yang berkaitan dengan agama Islam adalah sensitif. Sebab itu kita harap semua pihak mengambil kira hakikat ini dan sebarang cadangan mengenainya mestilah mengambil kira kedudukan Islam sebagai agama rasmi.

“Kita juga perlu sedar wujud pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran agama Islam dalam negara kita.

“Sebab itulah, sebarang perkara yang membabitkan agama Islam tidak perlu diperbesar-besarkan dengan mengambil kira kedudukannya sebagai agama rasmi dan sensitiviti umat Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian pengeluaran sulung kereta Mercedes Benz E-Class di kilang pemasangan Malaysia Truck & Bus Sdn Bhd (MTB) di Pekan, semalam.

Najib diminta mengulas cadangan Majlis Peguam yang membincangkan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IRC) pada persidangan dua hari di Bangi, Selangor yang berakhir semalam.

Cadangan itu mendapat reaksi negatif pelbagai pertubuhan yang menyifatkannya sebagai mencampuri urusan agama lain serta mengganggu sensitiviti umat Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin sebelum ini turut membidas Majlis Peguam kerana mencadangkan penubuhan IRC yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, semua pihak bebas buat cadangan kepada kerajaan yang kemudian akan membincangkan perkara itu, tetapi tidak semestinya cadangan sedemikian akan diterima.

“Kita akan kaji sedalam-dalamnya berhubung perkara ini kerana membabitkan kedudukan agama Islam. Perkara ini amat sensitif. Dari segi pentadbiran sudah wujud struktur dan kuasa yang sabit dengan agama Islam.

“Kita galakkan ialah buat dialog, tetapi tak semestinya dalam bentuk suruhanjaya dan sebagainya. Semua cadangan akan kita kaji dan buat keputusan di kemudian hari,” katanya.


But in "another tone" in English lang Newspaper...

From The Star

Inter-faith Bill gets thumbs-up

BY ROYCE CHEAH and TEH ENG HOCK

BANGI: After two days of thorough discussions, delegates to a national conference gave full endorsement to a draft Bill on the formation of an Inter-faith Commission of Malaysia.

They came to the consensus that the draft Bill be submitted to the Government for it to consider tabling in Parliament.

In a statement, the 100-odd participants – who included religious leaders, public interest groups and academicians – called on Prime Minster Datuk Seri Ahmad Abdullah Badawi to note and implement the conclusions of the conference.

Among other things, the meeting:

·AFFIRMED its support of existing initiatives to enhance inter-faith relations by the Government and society;

·REAFFIRMED every individual’s right to freedom of thought, conscience, religion and belief towards harmonious co-existence in Malaysian society; and

·RECOGNISED the urgent need for a statutory inter-faith body of an advisory, consultative and conciliatory nature for the protection and promotion of peace and harmony.

The president of the steering committee towards the formation of the inter-faith commission, Malik Imtiaz Sarwar, said that based on feedback received at the conference, the drafting team would work on fine-tuning the draft Bill.

“Within the next week or so, we’ll vet and finalise the Bill and forward it to the Government through various channels such as the Prime Minister’s Department and the Attorney-General’s Chambers,” he said.

He said the committee was ready to have discussions with interested parties and eager to meet both supporters and critics of the Bill.

In Pekan, Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said the Government welcomed an inter-faith dialogue but added that it did not have to be in the form of a commission.

He said not all ideas brought up on the matter would be accepted by the Government.

“The people are free to present their views. The Government will study the ideas first and we will make the decisions later,” ZULKIFLI ABDUL RAHMAN reported him as saying.

Asked to comment on groups that are reportedly against the proposal to set up the commission because they are concerned that it might intrude into the authority of the Islamic groups, Najib said he realised that any matter involving religion was a sensitive issue.

Conference moderator Ramdas Tikamdas, who is also the Bar Council human rights commission vice-president, said the Muslim community was significantly represented "but a lot needs to be done to convince the mainstream groups on the benefits of this mechanism in the context of a plural society."

On the draft Bill, he said: "There were many suggestions made from the floor, and from the process of consensus and consultancy, the final draft was unanimously agreed upon."


Related Links
  • Why we need to listen 1st
  • National interfaith panel proposed