What's wrong with this Petaling Street
[My Malaysiana]
From Kosmo!
From Harian Metro
From The Star
About Petaling Street:
Yahoo Travel
China Town/ Petaling Street
China Town
Project for Public Spaces (PPS)
Another Petaling Street:
Project Petaling Street
From Kosmo!
Awas! Peniaga Samseng
Pelanggan dimaki hamun di Jalan Petaling
Berhati-hati jika anda mahu membeli-belah di Jalan Petaling di ibu negara. Ini kerana jika telah memilih satu barang dan cuba tawar menawar, anda 'wajib' membelinya. Jika tidak, ada kemungkinan anda akan diserang atau setidak-tidaknya dimaki hamun oleh peniaga yang berlagak samseng.
Beberapa kes seperti itu telah dilaporkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Oleh itu, sesiapa yang berhajat untuk membeli-belah di kawasan itu dinasihatkan befikir dua kali melainkan anda benar-benar berkehendakkan barang tersebut. Tujuannya hanya satu, agar anda tidak menjadi salah seorang mangsa yang kena serang atau pun kena 'sumpah seranah' oleh peniaga yang tidak beradab.
Dah tawar harga, mesti beli
Kuala Lumpur - Sebilangan peniaga barangan tiruan di Jalan Petaling di sini bertindak ganas terhadap orang ramai yang enggan membeli barangan mereka selepas urusan tawar-menawar harga.
Pelanggan terbabit kebiasaannya akan dimaki hamun dan lebih berani terdapat peniaga yang memukul pelanggan mereka.
Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Mohd. Shahar Osman berkata, perkara itu didedahkan ekoran terdapat beberapa aduan orang ramai yang berhadapan dengan sikap ganas para peniaga di kawasan tersebut.
"Kami memanang serius perkara ini dan tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang didapati bersalah," kata beliau setelah melancarkan operasi merampas barangan tiruan di Jalan Petaling di sini kelmarin.
Dalam operasi yang bermula pada pukul 5 petang kelmarin, pelbagai barangan tiruan bernilai RM321,000 di rampas, termasuk barangan tiruan di Bangunan Pak Peng.
Antara banrangan yang dirampas ialah sejumlah 3,250 helai seluar jeans pelbagai jenama terkenal, barangan kulit (861), jam tangan (384), minyak wangi (230) dan topi (256).
Kesemua barangan yang dirampas tersebut banyak menggunakan jenama Mont Blanc, Fendi, Louis Vuitton, Gucci, Prada, Levi's dan Burberry.
Menurut Mohd. Shahar, serbuan tersebut dilakukan selepas pihaknya menerima laporan daripada orang ramai mengenai kegiatan peniaga di situ.
Dalam serbuan tersebut, pihak penguat kuasa kementerian itu menahan seorang pemborong jam tangan berusia 22 tahun untuk membantu siasatan.
Bagaimanapun, pemborong dan peniaga barangan lain dapat melarikan diri.
Daripada siasatan , Mohd. Shahar memberitahu, kesemua bekalan barangan tersebut diperolehi daripada negara jiran.
Mac lalu, kementerian tersebut telah menyerbu tempat yang sama dan merampas barangan tiruan bernilai RM100,000.
From Harian Metro
Peniaga samseng
Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
KUALA LUMPUR: Segelintir peniaga barang tiruan di sekitar Jalan Petaling, di sini, bertindak 'samseng' terhadap pelanggan yang enggan membeli barangan mereka selepas berlaku tawar menawar.
Malah, mereka juga dikatakan sanggup mengherdik dan menghambur kata-kata kesat hingga menakutkan pelanggan dan menunjukkan kepala angin seolah-olah pelanggan berasa terancam jika tidak membeli barangan terbabit.
Perkara itu didedahkan Kementerian Perdagangan dan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang menerima banyak aduan daripada orang ramai berhubung sikap biadap segelintir peniaga di kawasan berkenaan.
Pengarah Penguat kuasa KPDNHEP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd Shahar Osman, berkata pihaknya banyak menerima aduan daripada orang ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan peniaga terbabit.
Menurutnya, pihak KPDNHEP memandang serius perbuatan itu dan tindakan tegas menanti peniaga yang didapati melakukan perbuatan berkenaan.
"Hasil daripada maklumat pelanggan juga, kami melakukan operasi bersepadu di alan Petaling malam semalam.
"Dalam operasi yang disertai kira-kira 66 pegawai dari Bahagian Penguat kuasa KPDNHEP Putrajaya, Wilayah Persekutuan dan Selangor berjaya merampas pelbagai barang tiruan bernilai kira-kira RM321,000 daripada tujuh peniaga termasuk dua pemborong," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini, semalam.
Shahar berkata, dalam operasi enam jam bermula jam 5 petang itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 22 tahun kerana disyaki pembekal barangan di situ manakala tujuh peniaga lagi melarikan diri.
Katanya, serbuan dilakukan hasil maklumat orang ramai itu, pihaknya merampas pelbagai barangan tiruan menggunakan jenama terkenal seperti Burberry, Fendi, Gucci, Louis Vuitton, Prada, Levi's dan Mont Blanc.
Antara barangan itu 187 beg kulit, cakera padat (140), jam tangan (384), barangan kulit (861), seluar jeans (2,350), topi (256) dan minyak wangi (230).
Menurutnya, peniaga dikesan menjual barang tiruan itu dengan harga lebih rendah daripada keluaran asli sesuatu produk berkenaan.
"Operasi itu yang kedua selepas operasi pertama awal Mac lalu yang berjaya merampas pelbagai barangan jenama tiruan bernilai kira-kira RM100,000.
"Pihak kami juga menerima maklumat mengenai tindakan segelintir peniaga buah-buahan yang menipu berat timbangan dalam usaha mengaut keuntungan lebih," katanya.
From The Star
Fakes worth RM321,000 seized
KUALA LUMPUR: Petaling Street, famous for its fake branded products for sale, has been raided again - this time some RM321,000 worth of fake items were seized.
In an eight-hour operation which began at 5pm on Wednesday, officers from the Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry seized thousands of fake Levi's jeans, Prada handbags, compact discs, watches, leather products, hats and perfumes.
The ministry's Federal Territory director Mohd Shahar Osman said the officers also detained a 22-year-old youth for allegedly selling fake watches.
"Traders manning six other stalls escaped even though we cordoned off the area during the raid," he said.
He added that the ministry had conducted a similar raid in March and confiscated some RM100,000 worth of fake goods.
Mohd Shahar said the raids were carried out following complaints from the public that some traders there harassed them when they refused to buy the goods.
He said samples of the goods seized would be sent to the Chemistry Department and the original manufacturer to ascertain the quality and material used to produce the fakes.
About Petaling Street:
Another Petaling Street:
<< Home