13 July 2005

How about his datukship

[My Malaysiana]

From The Star

Governor to decide on author's 'Datuk' title

MALACCA: The state will let the Yang di-Pertua Negri decide whether to take away the "Datuk" title given to the author of the controversial book 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM.

This followed the one-year jail sentence meted out to Datuk Abdul Khalid @ Khalid Jafri Bakar Shah by the Ampang Jaya Sessions Court on Friday for publishing false news seven years ago.

The author, who was convicted on June 25, was granted a stay of execution by judge Mohamed Saman Mohd Ramli pending an appeal.

Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam said Khalid Jafri would only be stripped of his title if he has exhausted all appeals against his conviction.

He has referred the matter to governor Tun Mohd Khalil Yaakob, Mohd Ali said yesterday.

He was commenting on the datukship awarded to Khalid Jafri in conjunction with the Yang di-Pertua Negri's official birthday in October last year.


From Harian Metro

Rayuan Khalid masih dalam pertimbangan

MELAKA: Keputusan sama ada Kerajaan Melaka menarik balik gelaran Datuk yang dikurniakan kepada penulis buku Datuk Khalid Jafri bergantung kepada hasil rayuan berhubung satu hukuman penjara yang dikenakan terhadapnya semalam.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohamed Ali Rustam, berkata beliau sudah merujuk perkara itu kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.

"Biasanya kita tunggu hingga selesai rayuan, kalau rayuannya nanti didapati masih bersalah, tindakan sewajarnya akan diambil," katanya selepas merasmikan satu forum mengenai tragedi tsunami di Aceh dan peperangan di Iraq, di sini, semalam.

Khalid, 65, dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen Ampang semalam kerana didapati bersalah menyiarkan maklumat palsu dalam bukunya "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM."

Hakim Mohamad Saman Mohd Ramli menetapkan supaya hukuman penjara itu berkuatkuasa kelmarin, tetapi membenarkan permohonan Khalid supaya pelaksanaan hukuman ditangguhkan sehingga rayuannya selesai didengar di Mahkamah Tinggi.

Khalid dikurniakan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk sempena dengan sambutan hari jadi ke-66 Khalil pada Oktober tahun lalu.

Related News:
  • Khalid Jafri kena penjara setahun
  • Hukuman penulis 50 Dalil esok
  • 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM