15 July 2005

When Hasmawi finally ties the knot

[My Malaysiana]

...but with someone else.

From The Star



SUNGAI PETANI: Kedah footballer Hasmawi Hassan, who failed to turn up at his wedding reception in December last year, has finally tied the knot - to a different woman..

The akad nikah (marriage solemnisation) was held away from the limelight, at Masjid Asakirin in Kg Hj Kudong, Kota Kuala Muda, about 12km from here at 9.30pm last night.

The bride is Noraini Abd Razak, 24, an assistant security officer with the Department of Environment in Kelantan.

The wedding went on with- out any hitch.

Hasmawi, 25, presented her with two rings, a mas kahwin (marriage dowry) of RM500 and wang hantaran (wedding gift) of RM7,277.

A family member who declined to be named said the wedding was agreed to by both families.

Noraini's father, a policeman with the Bukit Mertajam police station, and Hasmawi's father, who lives in Machang Bubok, also in Bukit Mertajam, are long-time friends.

Hasmawi hit the headlines when he failed to turn up for his wedding at the home of his former bride-to-be Norlida Abdul Rahman in Felda Ulu Dengar, Kluang, in December last year.

Hasmawi, a former national striker who represented Penang in the Malaysian Football League before joining the Kedah soccer team, is being sued by Norlida for breach of promise.


From Utusan Malaysia

Hasmawi pilih Noraini tamatkan zaman bujang

By Zaid Md. Noor

SUNGAI PETANI 14 Julai - Penyerang bola sepak Kedah, Hasmawi Hassan, 25, yang pernah mencetuskan kontroversi apabila membatalkan pada saat akhir perkahwinannya tahun lepas, malam ini melangsungkan majlis pernikahan dengan gadis pilihannya, Noraini Abd. Razak, 24.



Majlis akad nikah disempurnakan Imam Masjid Asakirin di Kampung Haji Kudong, Kota Kuala Muda, Ahmad Talib, 64.

Hasmawi yang berasal dari Machang Bubok, Bukit Mertajam, Pulau Pinang menamatkan zaman bujangnya dengan memilih Noraini yang bekerja sebagai Penolong Pegawai Kawalan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan sebagai pasangan hidup.

Noraini adalah anak seorang anggota polis di Balai Polis Bukit Mertajam.

Hasmawi pernah memutuskan pertunangannya dengan Norlida Abdul Rahman, 23, dari Felda Ulu Dengar, Kahang Timur, Kluang, Johor, menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) pada saat-saat akhir menjelang majlis pernikahan pada 17 Disember tahun lalu.

Hasmawi yang juga bekas pemain bola sepak kebangsaan dan Pulau Pinang sebelum ini mendakwa menghidap `penyakit buatan orang' sebagai punca beliau memutuskan pertunangan itu.

Pada majlis pernikahan malam ini, Hasmawi membawa bersama wang hantaran sebanyak RM7,277 dan dua bentuk cincin perkahwinan serta mas kahwin sebanyak RM500.


From Harian Metro

Hasmawi nikah

By Ahmad Saufi Mansor

SUNGAI PETANI: Pemain bola sepak Kedah, Hasmawi Hassan, 24, menamatkan zaman bujang apabila bernikah dengan gadis pilihan hatinya, di sebuah masjid di Kota Kuala Muda, di sini, malam tadi.

Majlis pernikahan Hasmawi dan Noraini Abdul Razak, 24, berlangsung secara ringkas kira-kira jam 9.40 malam disaksikan keluarga kedua-dua pihak dan saudara mara terdekat.

Sejurus selepas akad nikah, pasangan itu menghadiri majlis kenduri kesyukuran di rumah datuk pengantin perempuan di Kampung Haji Kudung, dekat sini.

Bagaimanapun, jumlah mas kahwin dan hantaran yang diserahkan oleh Hasmawi kepada keluarga pengantin perempuan tidak dapat dipastikan.

Difahamkan, Noraini kini bekerja di Kelantan dan anak kepada seorang anggota polis yang bertugas di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Keluarga Hasmawi yang ditemui enggan memberi sebarang komen berhubung majlis akad nikah berkenaan.

Malah, Hasmawi dan keluarganya yang cuba dihubungi Harian Metro juga enggan menjawab panggilan.

"Perkara yang lalu biarlah lepas, biar dia (Hasmawi) bina hidup baru," kata seorang daripada ahli keluarganya.

Hasmawi sebelum ini membatalkan perkahwinannya dengan Norlida Abdul Rahman, 25, dari Kluang, Johor, 19 jam sebelum majlis berlangsung dengan hanya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS), pada 17 Disember lalu.

Berikutan itu, pada 23 Disember lalu, Norlida, seorang jururawat, memfailkan writ saman malu di Mahkamah Tinggi Muar terhadap Hasmawi kerana didakwa membatalkan perkahwinan mereka sebelum pernikahan berlangsung.

Dalam saman itu, plaintif menuntut defendan membayar ganti rugi am,ganti rugi khas berjumlah RM 25,470, faedah pada kadar lapan peratus setahun untuk ganti rugi am daripada tarikh penyampaian saman dan penyataan tuntutan hingga ke tarikh penghakiman.

Selain itu, Norlida meminta faedah pada kadar empat peratus bagi ganti rugi khas dari 18 Disember hingga ke tarikh penyelesaian penuh, kos dan relif lain.

Dalam afidavit pembelaan yang difailkan Hasmawi pada 22 April lalu, dia mendakwa bertindak demikian kerana 'penyakit buatan orang'.

Dia juga mendakwa keadaan kesihatannya ketika itu turut diketahui Norlida, 24 dan keluarga bekas tunangnya itu.

Hasmawi seterusnya mendakwa keluarga Norlida, terutama kakak ipar bekas tunangnya itu, mengetahui yang dia pernah mendapat khidmat nasihat bomoh di Johor dan pengamal tradisional yang mengesahkannya terkena 'buatan orang' serta tidak membolehkannya berkahwin.

Hasmawi mendakwa dia mendapat khidmat bomoh dan pengamal perubatan tradisional sekitar Disember 2004 selepas mengalami keadaan fizikal dan emosi yang terganggu sejak 2002 lagi.

Akibat tekanan itu, Hasmawi menghilangkan diri tanpa diketahui keluarganya sendiri yang kemudian dimaklumkan oleh kakak iparnya kepada plaintif.

Dia juga menjelaskan seminggu sebelum majlis pernikahan itu, dia memberitahu Norlida yang perkahwinan mereka tidak dapat dilangsungkan kerana banyak masalah antara mereka, tetapi plaintif enggan membatalkannya malah mendesaknya untuk berkahwin.


What exactly is 'buatan orang'...

'Siapa sebenarnya bersalah' - Who's fault?

By Nor Sedek Ismail

BATU PAHAT 14 Julai - Bekas tunang penyerang pasukan bola sepak Kedah, Hasmawi Hassan menyifatkan perkahwinan pemain itu malam ini membuktikan 'siapa sebenarnya yang bersalah' dalam kontroversi mereka sebelum ini.

Norlida Abdul Rahman, seorang jururawat berkata, perkahwinan bekas tunangnya itu mengesahkan khabar angin bahawa Hasmawi mempunyai gadis pilihan lain menyebabkan pertunangan mereka putus menjelang perkahwinan Disember lalu.

Menurutnya, walaupun masih ada 'rasa geram' terhadap Hasmawi tetapi perkembangan baru itu mampu membersihkan nama Norlida sekeluarga bahawa tindakan memutuskan pertunangan itu memang dirancang oleh pihak lelaki.

"Perasaan saya sudah pulih sekarang tetapi tindakannya mengahwini perempuan lain membuktikan dia memang berniat untuk membohongi saya," kata Norlida ketika dihubungi di rumahnya di Felda Kahang Timur dekat Kluang hari ini.

Malam ini Hasmawi melangsungkan perkahwinan dengan Noraini, petugas Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan di Masjid Asakirin di Kampung Haji Kudong, Kota Kuala Muda, Sungai Petani.

Kontroversi Hasmawi dan Norlida menjadi perbualan hangat kerana tindakan Hasmawi memutuskan pertunangannya 17 Disember lalu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) - tidak sampai 24 jam majlis perkahwinan mereka dijadualkan berlangsung.

Bercerita lagi mengenai perkembangan dirinya, Norlida berkata, beliau belum mengisi kekosongan tersebut tetapi senang dengan tugasnya sebagai jururawat di Pusat Kesihatan Pontian.

"Saya akui sukar untuk melupakan Hasmawi kerana ia adalah cinta pertama tetapi saya redha setiap yang berlaku," ujarnya.


Ps: Im just counting the figure... what a...

Previous Post:
  • When you better say nothing at ALL
  • Its cost him RM25,470 legally
  • Some say he still can play
  • Be strong... Ms. Norlida
  • Opinion on Runaway groom
  • Yess thats you are right Ms. Norlida
  • Another part of the story
  • Ditched bride going to court, finally
  • Runaway bridegroom, so see you at court.
  • Runaway Bridegroom?