Penganggur mengaku salah ragut dompet wanita
[Crimes]
IPOH 22 Nov. - Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencuri dengan cara meragut dompet milik seorang wanita di pusat membeli-belah Ipoh Parade pada 18 November lalu.
Azzahri Arrifin, 27, dari Kampung tersusun Kopisan, Gopeng mengaku mencuri dompet milik Chah Foong Ting yang mengandungi lesen memandu dan wang tunai sebanyak RM39, kira-kira pukul 4 petang pada tarikh tersebut.
Dia didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman maksimum penjara 10 tahun jika sabit kesalahan.
Majistret Rohaida Ishak menetapkan 19 Januari ini untuk menjatuhkan hukuman dan membenarkan ikat jamin sebanyak RM3,000.
Bagaimanapun tertuduh gagal menjelaskan wang ikat jamin.
Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa, Chief Inspektor Sarjit Singh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Dalam kejadian Khamis lalu, Azzahri berjaya diberkas oleh orang ramai di Jalan Mustafa Al Bakri di sini ketika cuba melarikan diri selepas mencuri dompet milik Foong Ting di Ipoh Parade.
Dia yang melarikan dompet jenis Rossini bernilai RM60 hanya sempat meloloskan diri sejauh satu kilometer sebelum ditemui oleh dua lelaki yang mengejarnya.
Kegagalan tertuduh menyerahkan semula dompet yang dicuri telah mencetuskan pergaduhan yang akhirnya mengakibatkan dia cedera di bahagian kepala sebelum diserahkan kepada polis.
UTUSAN Online

<< Home