Action Against Snatch Thief
[Crimes]
Jamaliah kejar peragut untuk cam plat motosikal
Oleh: ZAINI RABAN
SHAH ALAM 2 Dis. - Seorang suri rumah, Jamaliah Khalid, 35, yang menjadi mangsa ragut di Paya Jaras, Kuala Selangor kelmarin, bertindak nekad mengekori peragut semata-mata hendak mengecam nombor plat motosikal dinaiki suspek.
Suami mangsa, Abdullah Ishak, 45, berkata, isterinya juga bercadang membuat laporan di Balai Polis Sungai Plong tidak jauh dari tempat kejadian jika dapat mengecam nombor plat tersebut.
``Malangnya, tindakan itu disedari oleh suspek yang memperlahankan motosikal untuk menendang motosikal isteri saya hingga dia terjatuh ke longkang di tepi jalan di Sungai Plong.
``Bagaimanapun saya tidak tahu sama ada isteri saya dapat mengecam nombor plat motosikal itu kerana dia masih sukar untuk bercakap,'' katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Perubatan Selangor (SMC), di sini, hari ini.
Dalam kejadian kelmarin, Jamaliah dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Warisan, Kampung Melayu Subang setelah menghantar rakannya di Bukit Rahman Putra di Paya Jaras.
Ketika tiba di kawasan pasar malam Paya Jaras kira-kira pukul 9.30 pagi, beg tangan mangsa yang diletakkan dalam bakul motosikal telah diragut seorang lelaki yang juga menunggang motosikal.
Peragut berkenaan menyedari diekori mangsa lalu bertindak menendang motosikal mangsa sebelum melarikan diri.
Tindakan tersebut menyebabkan mangsa jatuh ke dalam longkang dan mengalami kecederaan parah di dagu dan leher selain luka-luka di badan serta kedua-dua belah tangan.
Abdullah yang bekerja sebagai mekanik pesawat di Lapangan Terbang Subang berkata, isterinya juga ada memberitahu, peragut berkenaan memakai baju jaket seperti pekerja kilang dan berusia 20-an.
Sementara itu, Pengurus Besar SMC, Mohd. Johar Ismail berkata, keadaan mangsa sudah stabil dan doktor akan mengimbas kepala dan badan Jamaliah bagi melihat sama ada berlaku apa-apa kecederaan dalaman.
``Kita juga akan melakukan pemeriksaan lanjut untuk mengetahui sama ada berlaku kecederaan lain pada mangsa,'' jelas beliau.
Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Mohd. Mokhtar Ahmad Dahlan yang melawat mangsa berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan polis dan pemimpin masyarakat pada minggu depan bagi membincangkan mengenai kejadian ragut dan jenayah lain di Parlimen Subang.
``Kita akan mengadakan perjumpaan dengan beberapa pihak termasuk polis dan pemimpin masyarakat setempat pada minggu depan bagi membincangkan langkah-langkah keselamatan mencegah ragut dan jenayah,'' katanya.
Katanya, segala langkah perlu akan diambil bagi memastikan kejadian ragut seumpama itu tidak berulang pada masa hadapan.
``Dulu kes ragut hanya berlaku di kawasan bandar sahaja tetapi sekarang nampaknya telah menular ke pinggir bandar dan kita perlu melakukan sesuatu supaya ia dapat dibendung,'' jelas beliau
UTUSAN Online

<< Home