6 December 2004

Kes Ragut - Updates

[Crimes]

Pelajar nekad langgar motosikal peragut
Oleh Mohd Zin Ali

JOHOR BAHRU: Seorang pelajar wanita Universiti Terbuka Malaysia di sini, yang menjadi mangsa ragut ketika menunggang motosikal, cedera selepas bertindak nekad melanggar motosikal peragut terbabit di depan kuil Sri Muniswarar, Tampoi, semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, Noriza Maini 23, yang menunggang Honda EX5 bersama rakannya, mengekori motosikal itu sebelum melanggarnya apabila peragut terbabit berpatah balik untuk mengambil beg tangan mangsa yang terjatuh ketika cuba dilarikan.

Berikutan kejadian itu, Noriza dan rakannya, Norhazwani Mohamed, 18, luka di muka serta kaki selepas terjatuh bersama motosikalnya.

Peragut terbabit bagaimanapun melarikan diri dengan meninggalkan beg tangan mangsa dan motosikal Yamaha RXZ yang ditunggangnya selepas orang ramai cuba membantu pelajar berkenaan.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Senior Asisten Komisioner II Hashim Mohd Yusof, ketika dihubungi semalam berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan ke atas motosikal terbabit untuk mengesan pemiliknya.

"Kami sedang memburu lelaki yang dipercayai berusia 20-an, berbadan kurus serta menggunakan topi keledar putih untuk membantu siasatan kes ragut berkenaan," katanya.

Sementara itu, Noriza bersyukur kerana memperoleh semula beg tangannya dan dapat menggagalkan cubaan peragut terbabit.

Noriza berkata, kejadian itu berlaku ketika beliau dan rakan serumahnya dalam perjalanan dari Taman Orkid ke pasar besar Giant di sini untuk membeli pelbagai barangan dapur.

“Sebaik tiba di hadapan sebuah kilang biskut berhampiran pasar besar Giant, beg tangan saya yang disimpan dalam bakul motosikal, diragut seorang lelaki yang menunggang Yamaha RXZ dari arah belakang,” katanya.

Noriza yang terkejut dengan kejadian itu, mengekori peragut terbabit kira-kira 100 meter sebelum melanggar motosikal lelaki itu.



Victim rams bike into snatch thief
by Neville Spikerman

JOHOR BARU: A snatch-theft victim retrieved her handbag by ramming her motorcycle into the thief’s motorcycle.

Open University student Noriza Maini, 23, and her housemate were on the motorcycle when a man on a Yamaha RXZ rode up beside them and snatched her handbag in front of the Sri Muniswarar temple in Tampoi about 10.30am yesterday.

“We were caught by surprise when the handbag was snatched away, but fortunately we saw the thief dropping the handbag about 100 metres away, as he was trying to make his escape,” she said.

Noriza said she immediately rammed the snatch thief's motorcycle as he turned to retrieve the handbag.

Both Noriza and her housemate, Norhazwani Mohamed, 18, fell to the ground and were injured in the face and legs while their motorcycle was damaged.

The snatch thief also fell off his bike and but escaped on foot, leaving the handbag and his motorcycle behind.

Johor Baru South police chief Senior Assistant Commissioner II Hashim Mohd Yusof confirmed the incident, adding that they are looking for the suspect in his 20s.