Runaway Bridegroom?
[My Malaysiana]
From Berita Harian
From Berita Harian
9T9: Kalau dah tak mahu tu... Habaq la awai-awai... Just let me gantikan ler. ;-)
From Berita Harian
Keluarga Hasmawi minta maaf.
By Ahmad Saufi Mansor
BUKIT MERTAJAM: Keluarga pemain bola sepak Kedah, Hasmawi Hassan yang menghilangkan diri sebelum majlis pernikahannya memohon maaf kepada keluarga pengantin perempuan, Norlida Abdul Rahman berhubung kejadian itu.
Mereka melakukan pelbagai cara, termasuk menggunakan khidmat bomoh untuk mengesan anak lelaki keempat daripada enam beradik itu, tetapi gagal sehingga buntu untuk mencarinya.
Bapanya yang enggan namanya disiarkan, berkata pihaknya juga tidak mengetahui punca perkara itu menimpa keluarga mereka.
Katanya, Hasmawi tidak menunjukkan sebarang perubahan menjelang majlis perkahwinan, malah keluarganya membuat persiapan mengadakan kenduri bagi pihak lelaki.
Beliau berkata, sebelum ini, Hasmawi begitu gembira apabila bertemu bakal isterinya di Stadium Bukit Jalil pada awal Disember lalu ketika final Piala Malaysia antara Kedah dengan Perlis.
"Dia langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan dan saya anggap semua berjalan baik. Tambahan pula apabila melihat kemesraan mereka dalam pertemuan di Bukit Jalil, baru-baru ini.
"Saya tidak tahu apa yang hendak dilakukan lagi tetapi kami ingin meminta maaf kepada keluarga perempuan dengan apa yang berlaku dan terpulang kepada mereka.
"Saya sampai bengkak mata menangis mengenangkannya hinggakan nak keluar rumah pun malu," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, petang semalam.
Beliau turut menghantar beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada anaknya dan cuba menghubunginya tetapi tiada jawapan. Beliau juga sudah puas mencari Hasmawi dengan bantuan abangnya di rumah rakan sepasukan di Kedah dan bekas majikannya, di sini.
Bagaimanapun, kenduri tetap diadakan di rumah mereka pada Sabtu ini kerana semua persiapan sudah dibuat selain kad jemputan sudah diedarkan kepada kira-kira 300 tetamu.
"Duit deposit khemah dan segala persiapan sudah dibayar. Saya terpaksa meneruskan majlis ini kerana tetamu termasuk yang jauh sudah dijemput.
"Saya sebenarnya terkilan dengan aib kepada orang kerana aib pada kita (keluarga lelaki) masih boleh ditanggung. Sekali lagi saya ingin meminta maaf kepada mereka (keluarga perempuan).
"Cuma pada kesempatan ini, saya minta dia balik atau hubungi keluarga untuk tahu kedudukannya. Jangan senyap saja kerana kita tidak tahu," katanya.
Ditanya kenapa tidak menghubungi keluarga pihak perempuan mengenai kegagalan pihaknya hadir pada majlis itu, beliau berkata, pada masa itu, fikirannya sudah buntu.
From Berita Harian
KFA tamatkan kontrak pemain tahun depan
ALOR STAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan menamatkan kontrak penyerang mudanya, Hasmawi Hassan, tahun depan berikutan tindakan pemain itu membatalkan perkahwinannya pada saat akhir melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dianggap memalukan pasukan Hijau Kuning.
Naib Presiden KFA, Datuk Chong Itt Chew, berkata pihaknya setuju sebulat suara untuk menamatkan kontrak penyerang itu sebagai amaran kepada pemain lain bahawa KFA tidak akan bertolak ansur sekalipun membabitkan soal peribadi jika ia boleh menjejaskan imej pasukan.
"Kita tidak mahu ada pemain berkelakuan buruk seperti itu dalam pasukan negeri ini walaupun ia membabitkan masalah peribadi kecil," katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau diminta mengulas tindakan KFA terhadap Hasmawi yang membatalkan perkahwinannya dengan jururawat dari Kluang, Norlida Abdul Rahman, 23, menerusi SMS kira-kira 19 jam sebelum majlis berlangsung, Jumaat lalu.
Keluarga pengantin perempuan terpaksa meneruskan majlis kenduri di Felda Ulu Dengar, Kahang Timur, Kluang, berikutan kad jemputan sudah diedarkan kepada kira-kira 1,000 tetamu, rakan dan saudara mara.
Cubaan untuk menghubungi Hasmawi dan ahli keluarganya gagal, manakala rakan sepasukannya juga enggan mengulas.
Chong berkata, KFA akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin bagi membincangkan perkara itu supaya penamatan kontrak Hasmawi dibuat mengikut prosedur.
"Saya terkejut mengetahui pemain Kedah membatalkan perkahwinannya dengan hanya menghantar SMS 19 jam sebelum acara berkenaan. Pada anggapan saya, Hasmawi tidak patut berada dalam skuad bola sepak Kedah musim depan dan kita akan menamatkan kontraknya serta-merta kerana memusnahkan imej baik pasukan negeri.
"Musim depan dia tidak ada lagi dan kes ini walaupun peribadi, tidak baik untuk imej Kedah," katanya.
Hasmawi, 23, yang beraksi bersama pasukan Pulau Pinang sebelum ini mengikat kontrak untuk beraksi bagi pasukan Kedah bagi 2004-2005. Pemain menyarung jersi nombor 23 pada perlawanan akhir Piala Malaysia lalu itu mempunyai kontrak selama setahun lagi.
Sementara itu, Presiden KFA, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain menyifatkan tindakan Hasmawi itu sebagai menjejaskan maruah Islam dan bangsa Melayu jika benar berlaku sedemikian.
Katanya, Islam sendiri melarang umatnya berbuat sesuka hati termasuk dalam hal perceraian atau perkahwinan.
"Ikut Islam, tidak ada masalah jika hendak bercerai atau berkahwin lain, tapi kena buat cara yang betul. Caranya tidak betul, kerana ia bukan membabitkan maruah dia seorang tapi maruah Islam keseluruhan dan tidak patut berlaku pada sesiapa pun.
"Sebagai manusia beragama yang ada keluarga dan orang Melayu yang mempunyai adat, kita tidak boleh buat macam itu. Jika orang itu buat macam itu pada anak, adik atau kakak kita macam mana. Kalau tidak mahu cakaplah, tidak perlu lari dan menghilangkan diri," katanya.
9T9: Kalau dah tak mahu tu... Habaq la awai-awai... Just let me gantikan ler. ;-)
<< Home