Why they still snatching
[Crimes]
From The Star
From Berita Harian
From The Star
Snatch thief nabbed after high-speed chase
IPOH: A snatch thief ran through a red light and crashed into two cars and a road sign in his haste to flee from three policemen during a high-speed chase in Jalan Kampar here on Friday.
The policemen, on motorcycles, nabbed the 20-year-old thief, who had tried to escape in his car after grabbing a handbag from a 60-year-old woman at a nearby shopping mall.
Ipoh Deputy OCPD Supt Che Sab Hanafiah said the incident occurred five minutes after the man snatched the bag from the woman as she was walking to her car at 4.45pm.
As he ran to his car, the thief also knocked down a man, in his 40s, who suffered minor injuries.
Supt Che Sab said the suspect then drove towards Jalan Leong Boon Swee, where he was spotted by the patrolmen who gave chase.
"The suspect ran through the traffic lights and collided with two cars. This caused him to lose control of his vehicle, which hit the road sign. The car landed on its side a few metres from a restaurant," he said.
Supt Che Sab said the suspect, who was from Manong, was detained and the bag containing the victim's personal documents and RM34 were recovered from his car
From Berita Harian
Peragut kecundang selepas lima minit
OlehMohd Hamizar Hamid
IPOH: Seorang peragut berusia 20 tahun hanya sempat melarikan diri selama lima minit sebelum diberkas polis selepas kereta Perodua Kancil yang dipandunya terbalik di hadapan sebuah restoran di Jalan Leong Boon Soi di sini, kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Che Sab Hanafiah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu, peragut berkenaan dikatakan meragut beg tangan seorang wanita berusia 60 tahun di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Jalan Kampar di sini.
Beliau berkata, peragut itu kemudian menaiki sebuah Kancil milik ibunya sebelum melarikan diri dan kemudian melanggar papan tanda di kawasan berkenaan.
Polis yang menerima laporan mengenai kes ragut itu kemudian mengarahkan tiga anggotanya menjejaki kereta yang dipandu peragut sebelum mengesannya di Jalan Tapah.
"Kereta yang dipandu peragut itu dikejar tiga anggota polis yang menunggang motosikal masing-masing dari Jalan Kampar sehingga Jalan Tapah.
"Peragut terbabit turut tidak menghiraukan lampu isyarat merah dan kemudian melanggar papan tanda sebelum terbalik di hadapan sebuah restoran," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.
Che Sab berkata, lelaki yang berasal dari Manong, Kuala Kangsar itu cedera ringan kemudian ditahan untuk siasatan.
Polis turut menemui beg tangan yang mengandungi wang tunai RM34 dipercayai milik wanita berusia 60 tahun itu yang diragut lelaki itu.
<< Home