Why ICM need to be hold
[InterFaith]
From UTUSAN ONLINE
From The Star
From UTUSAN ONLINE
What Majlis Peguam said as defence
From UTUSAN ONLINE
PM: Tangguh tubuh ICM -- Adalah lebih baik dimulakan dialog antara pelbagai agama
Oleh ASUKI ABAS, NAZARUDIN SHAHARI dan MUSTAFA KAMAL BASRI
TANJUNG MALIM 26 Feb. - Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (ICM) ditangguhkan buat masa ini kerana ia banyak menimbulkan kontroversi.
Sebaliknya kata beliau, adalah lebih baik ia dimulakan dengan dialog antara pelbagai agama.
Selain itu kata beliau, cadangan tersebut perlu ditangguhkan bagi mengelakkan sensitiviti agama di negara ini.
"Jadi, yang penting, saya ingat (cadangan menubuhkan) suruhanjaya itu ditangguh dululah kerana pada waktu ini semangat lebih kepada kontroversi daripada yang lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kilang baru Proton Tanjung Malim di sini hari ini.
Beliau mengulas hasrat Jawatankuasa Pemandu ICM untuk mengemukakan draf cadangan penubuhan suruhanjaya itu kepada kerajaan dalam masa terdekat ini supaya ia dapat dipertimbangkan.
Semalam Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cadangan penubuhan ICM merupakan syor yang tidak sensitif dengan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini.
Cadangan penubuhan ICM juga telah ditentang hebat pelbagai pihak kerana ia dilihat akan mencampuri urusan agama dan memusuhi undang-undang syariah dengan berselindung di sebalik sebuah badan perundingan dan penasihat.
Kelmarin, sebanyak 24 pertubuhan agama dan bukan kerajaan termasuk Majlis Peguam menganjurkan Persidangan Kebangsaan ke Arah Penubuhan ICM dan ia dibiayai oleh sebuah Yayasan Konrad Adenauer.
Menurut Perdana Menteri lagi, apa yang penting pada masa ini ialah persefahaman antara kaum.
Apa yang lebih baik ialah memulakannya dengan bertukar-tukar fikiran dan dialog untuk memahami apa yang berkaitan dengan amalan penganut agama lain, katanya.
Beliau berkata, tidak ada gunanya sekiranya usaha itu diteruskan sekiranya ia menimbulkan kontroversi dan akhirnya mendapat bantahan.
"Jawatankuasa yang mencadangkan penubuhan suruhanjaya itu perlu mengambil kira kontroversi yang telah tercetus kalau tidak suruhanjaya ini tidak akan bererti kerana ia akan dibantah," katanya.
Abdullah berkata, sebagai seorang Islam beliau diajar supaya bersikap amanah dan adil terhadap rakyat tanpa mengira kaum.
"Saya terangkan kepada mereka (bukan Islam) tidak ada sebab mereka harus mencurigai saya walaupun saya Perdana Menteri Islam," katanya.
Beliau berkata dengan penerangan itu, mereka merasa yakin seorang pemimpin Islam menjadi Perdana Menteri kerana dia membawa keadilan dan amanah kepada semua kaum.
"Sebab itu bila saya perkenal Islam Hadhari ia tidak ditentang oleh orang bukan Islam kerana prinsip-prinsip Islam Hadhari boleh diterima baik oleh mereka." katanya
From The Star
PM: Put inter-faith panel idea on hold
BY MAZNI MUSTAFA & CHAN LI LEEN
TANJUNG MALIM: Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi has called on those planning to form the Inter-Faith Commission of Malaysia to put their idea on hold in view of the controversy surrounding it.
He also urged them to listen to their critics and study the objections against the formation of the commission.
He added that it would be meaningless to have such a commission if it continued to be criticised.
"Instead, it will be good if the different religious groups start efforts to enhance inter-faith relations through dialogues.
"It is not that difficult to understand the religious teachings of others," he said after launching the RM1.8bil Proton manufacturing plant in Proton City here yesterday.
Delegates at a recent national conference had endorsed a draft Bill on the formation of the commission which they said would be submitted to the Government for it to consider tabling in Parliament.
Asked about this, Abdullah said: "If they forward it to me, I will accept and look at it."
Several groups had reportedly opposed the setting up of the commission because they said it might intrude into the authority of Islam.
Abdullah said all religions taught its followers to be just and honest, adding that this was why non-Muslims did not reject the Government's Islam Hadhari concept when it was proposed.
From UTUSAN ONLINE
Kesucian agama asas pertimbangan halusi cadangan ICM
KUALA TERENGGANU 26 Feb. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kesucian agama Islam akan dijadikan asas pertimbangan kerajaan dalam menghalusi cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama Malaysia (ICM).
Tegas beliau, walau apa pun yang cuba dikemukakan oleh Jawatankuasa Pemandu ICM serta Majlis Peguam seperti mana yang terkandung di dalam cadangan itu keutamaan kerajaan ialah memastikan kesucian agama Islam terus dipertahankan.
"Ini adalah asas pertimbangan kita. Apa jua pertimbangan yang akan dibuat (cadangan menubuhkan ICM) kita mesti menentukan bahawa kesucian agama Islam perlu kita pertahankan sepenuhnya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian penutup Konvensyen UMNO Terengganu 2005 di Primula Beach Resort di sini hari ini.
Beliau mengulas hasrat Jawatankuasa Pemandu ICM untuk mengemukakan draf cadangan penubuhan suruhanjaya itu kepada kerajaan dalam masa terdekat ini supaya ia dapat dipertimbangkan.
Cadangan penubuhan ICM telah ditentang hebat pelbagai pihak kerana ia dilihat akan mencampuri urusan agama dan memusuhi undang-undang syariah dengan berselindung di sebalik sebuah badan perundingan dan penasihat.
Mengulas lanjut, Timbalan Perdana Menteri berkata, terpulanglah kepada Jawatankuasa Pemandu ICM serta Majlis Peguam untuk mengemukakan draf penubuhan suruhanjaya itu kepada kerajaan.
Bagaimanapun beliau sekali lagi menegaskan kerajaan tidak semestinya menerima draf tersebut seperti mana yang dikehendaki oleh Majlis Peguam.
"Tak apalah, mereka hendak buat apa-apa terpulanglah kepada mereka tetapi tidak semestinya kita terima apa kehendak Majlis Peguam kerana kita ada pertimbangan sendiri," katanya.
What Majlis Peguam said as defence
Majlis Peguam pertahan ICM
KUALA LUMPUR 26 Feb. - Majlis Peguam hari ini terus mempertahankan usaha penubuhan Suruhanjaya Antara Agama Malaysia (ICM) walaupun ditegur oleh Timbalan Perdana Menteri semalam mengenai cadangan tersebut yang disifatkan sebagai melulu.
Sambil menjelaskan bahawa ICM tidak akan menyentuh hak orang Islam seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, Pengerusinya, Kuthubul Zaman Bukhari menyeru masyarakat Islam negara ini supaya tidak bimbang dengan penubuhan ICM.
Tegasnya, ICM tidak akan boleh menyentuh isu-isu sensitif bagi orang Islam seperti mengenai hak orang Islam, undang-undang Islam serta isu murtad.
"Apa yang akan disentuh adalah mengenai pembentukan persefahaman antara agama melalui perkongsian nilai dan juga sebagai badan penasihat apabila timbulnya isu melibatkan hubungan antara agama.
"Ia tidak lebih dari itu dan jika masih tidak berpuas hati lagi, kita boleh masukkan mengenai apa yang boleh dan apa yang tidak boleh disentuh oleh ICM dalam draf penubuhannya tanpa perlu menolak ICM sama sekali," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Seminar Mengenai Kurang Upaya Tetapi Tidak Berpelajaran - Liberalisasi Orang Kurang Upaya (OKU) Melalui Pendidikan.
Semalam Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan penubuhan ICM sebagai merupakan syor yang tidak sensitif dengan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini.
Sehubungan itu Timbalan Perdana Menteri menegur semua pihak yang mencadangkan penubuhannya termasuk Majlis Peguam supaya tidak membuat sebarang cadangan melulu terutama yang berkaitan dengan agama Islam.
Tambah Kuthubul, pihak-pihak yang menentang penubuhan ICM sebelum ini diminta supaya membaca terlebih dahulu draf penubuhan ICM yang telah selesai dibincangkan pada Persidangan Ke Arah Penubuhan ICM yang berakhir semalam.
"Jika diteliti draf tersebut saya percaya tidak ada apa kebimbangan yang harus berlaku.
"Malangnya ramai yang belum apa-apa lagi sudah menolak penubuhan ICM tanpa membuat penelitian dan ini menyebabkan timbulnya tanggapan negatif," tegasnya.
Ketika ditanya apakah mungkin ICM mempunyai agenda tersembunyi apabila draf yang dirangka itu hanyalah berbentuk am, Kuthubul berkata beliau menafikan perkara tersebut.
"Saya menolak jika dikatakan ICM ada agenda tersembunyi.
"Inilah, apabila kita minta datang ke persidangan bagi membincangkan tentang ICM semalam, pertubuhan Islam boikot.
"Lepas itu timbullah macam-macam andaian sedangkan jika mereka dapat bersama menyertai persidangan, pastinya draf ICM dirangka dengan lebih baik dan menyeluruh membabitkan pandangan dari mereka yang arif dalam semua agama," katanya.
Mengenai reaksi Timbalan Perdana Menteri berhubung hal ini, Kuthubul berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kerajaan untuk menentukan.
"Sama ada ditolak atau diterima sepenuhnya mahu pun diambil sebahagian dan ditolak sebahagian, ia bidang kuasa kerajaan." ujarnya.
<< Home