`Setiap kali raya, mak paling sibuk siapkan kami'
[Crimes]
Oleh: AZRAN FITRI RAHIM
TAMPIN 11 Nov. - ``Setiap kali Hari Raya, mak merupakan orang paling sibuk menyiapkan kami adik-beradik.
``Kami akan beraya di kampung dan ibu akan memakaikan kami dengan baju baru.
``Mak juga akan cium pipi kami adik-beradik dan kami juga dapat cium tangan dan pipi mak. Tapi itu semua tinggal kenangan.
``Selepas ini, saya dan adik-adik kena buat sendiri kerana mak dah tiada.''
Itulah luahan rasa Mohd. Norhuzaifah, 12, anak sulung mangsa ragut, Sanorfizah Salleh, 31, yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.
Ibu kepada enam anak itu meninggal dunia setelah koma selama tiga minggu akibat diragut dan ditendang oleh dua peragut bermotosikal di Kampung Cahaya Baru, Masai pada 20 Oktober lalu.
Allahyarham meninggalkan enam orang anak iaitu Mohd. Norhuzaifah; Mohd. Iskandar, 11; Mohamad, 7; Firdaus, 6; Asyif, 2 dan Amirul Naim berusia 21 hari.
Amirul Naim dilahirkan melalui pembedahan ketika Sanorfizah masih koma.
Walaupun Mohd. Norhuzaifah sudah memahami mengenai kematian ibunya, namun adik-adiknya yang lain seperti Firdaus dan Asyif masih kurang mengerti.
Bagi Firdaus dan Asyif mereka kelihatan berlari riang ke sana ke mari kerana tidak memahami apa erti pemergian ibu mereka.
Mohd. Norhuzaifah berkata, setiap kali menjelang Hari Raya, mereka sekeluarga akan sibuk membuat persiapan.
``Tapi kali ini saya merasakan Hari Raya tidak membawa sebarang erti kerana mak dah tak ada... tak ada guna lagi nak pakai baju raya,'' katanya ketika ditemui pemberita selepas pengkebumian ibunya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pondoi di sini malam tadi.
Mohd. Norhuzaifah kelihatan masih terkejut berikutan kematian ibunya itu.
Kanak-kanak itu juga banyak mendiamkan diri dan kerap menitiskan air mata setiap kali terkenangkan ibunya.
Jenazah Allahyarham Sanorfizah selamat dikebumikan kira-kira pukul 11 malam tadi di Kampung Pondoi di sini.
Dalam kejadian 20 Oktober lalu, Sanorfizah yang sarat mengandung menjadi mangsa ragut ketika menunggang bersendirian apabila motosikalnya ditendang dua penjenayah.
Ketika itu mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Cahaya Baru, Masai menuju ke bandar Pasir Gudang.
Dalam kejadian pukul 10.10 pagi itu, mangsa telah terjatuh dan kepalanya terhantuk pada benda keras menyebabkan dia tidak sedarkan diri akibat kecederaan serius di kepala.
Namun hingga kini, nasib mangsa tidak terbela kerana dua penjenayah terbabit belum dapat diberkas.
Anak bongsu Allahyarham, Amirul Naim, kini dijaga oleh kakak ipar bapanya, Siti Norbaya Abdul Kadir, 39, di Gombak, Selangor.
Sementara itu suami Allahyarham, Azhar Mohd. Ali, 33, berkata, buat masa ini dia akan menguruskan pertukaran anaknya untuk bersekolah di Kampung Pondoi.
"Saya merancang untuk balik tinggal di kampung, buat masa sekarang saya dalam proses menukarkan sekolah anak-anak saya dan menjual rumah di Johor Bahru.
"Selepas itu saya akan bina rumah baru di kampung ini untuk kami sekeluarga dan mencari kerja baru di sini," katanya.
Mengenai anak bongsunya, Azhar berkata, beliau tidak berhasrat mengambil semula anaknya itu daripada kakak iparnya.
"Biarlah kakak dan abang saya terus menjaga Amirul kerana saya tidak sampai hati melihat anak yang masih kecil membesar tanpa kasih sayang seorang ibu," katanya sayu.

<< Home