21 December 2004

Runaway bridegroom, so see you at court.

[My Malaysiana]

From Berita Harian

Keluarga gadis mahu saman pemain bola
By Mohd Zin Ali & Shaarani Ismail

KLUANG: Keluarga Norlida Abdul Rahman yang menanggung malu selepas pemain bola sepak Kedah, Hasmawi Hassan gagal menghadirkan diri pada majlis perkahwinan di rumah mereka di Felda Ulu Dengar, Kahang Timur, di sini Sabtu lalu akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.




Bapa Norlida, Abdul Rahman Mansor, 54, berkata beliau kini hanya menunggu pandangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kahang, S Ramis hari ini untuk berbuat demikian.

Beliau berkata, pelbagai pihak mencadangkan supaya menyaman Hasmawi kerana memalukan keluarganya dan menjejaskan maruahnya.

"Saya sedang menimbangkannya. Ramai yang mencadangkan kami mengemukakan saman malu dan mendapatkan ganti rugi kerana nama baik sudah tercemar, selain kerugian kos mengadakan majlis yang tidak jadi itu.

"Kami juga masih berharap dia atau keluarganya memberikan penjelasan berhubung kejadian itu. Namun, sehingga kini mereka belum berbuat demikian.

"Kami bukannya hendakkan duit mereka, tetapi cara itu tidak beradat. Lagi pula, bapanya pernah mendakwa sanggup menghadapi segala kemungkinan akibat perbuatan anaknya," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya difahamkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman turut bersimpati dan meminta Ramis menemui keluarga mereka petang ini.

Selain itu, beliau bersyukur kerana Norlida, 23, tabah menghadapi cubaan berkenaan dan sudah memutuskan untuk tidak lagi menerima pemain bola sepak terbabit jika ingin kembali kepadanya.

Semalam, Berita Harian melaporkan Norlida terpaksa melupakan majlis pernikahan dan persandingan pada saat akhir apabila Hasmawi memutuskan pertunangan mereka menerusi pesanan menggunakan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, majlis kenduri diteruskan lalu berikutan kad jemputan sudah diedarkan kepada kira-kira 1,000 tetamu, rakan dan saudara.

Sementara itu, pelbagai pihak berpendapat Norlida boleh mengambil tindakan mahkamah dengan menuntut ganti dan saman malu ke atas pemain Hasmawi kerana membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datin Paduka Zaitoon Othman, berkata pihak yang dibatalkan perjanjian boleh menuntut ganti rugi khas dan am kerana pihak satu lagi melanggar perjanjian bersama yang sudah ditetapkan.

"Ganti rugi yang boleh dituntut termasuk segala kos yang ditanggung bakal pengantin perempuan dalam menyiapkan majlis yang sudah dirancang selain ganti rugi malu dan kesan terhadap maruah keluarga," katanya kepada Berita Harian semalam.

Norlida hanya menerima SMS bertulis 'Pa minta maaf harap Ma faham. Mungkin ditakdirkan kita tak ada jodoh. Minta maaf kat abah dan mak, bukan niat Pa untuk malukan depa', daripada pemuda itu Jumaat lalu.

Berita mengenai pembatalan perkahwinan Norlida semalam mendapat reaksi pelbagai pihak, kebanyakannya melahirkan simpati terhadap gadis itu. Rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1 dan Radio Era pagi semalam turut dihujani panggilan telefon dan SMS daripada orang ramai yang bersimpati.

Zaitoon berkata, tindakan boleh diambil bagi menebus kembali ganti rugi yang diterima pihak yang dilanggar perjanjian kerana pada dasarnya kedua-dua pihak sudah bersetuju melaksanakan perjanjian mereka untuk berkahwin.

Peguam Syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, pula berkata membatalkan pertunangan pada hari perkahwinan dengan hanya menggunakan SMS adalah perbuatan tidak beradab, tidak bertanggungjawab serta mengaibkan.

Beliau berkata, tindakan itu menyebabkan keluarga gadis yang menerima keputusan berkenaan menerima aib.

"Pertunangan juga dilindungi dan ia terkandung dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam. Ia adalah sebuah kontrak perjanjian antara lelaki dengan perempuan dan kedua-dua pihak wajib mematuhinya dengan cara terbaik.

"Jika ada mana-mana pihak yang berhasrat membatalkan ikatan berkenaan, prosedur pembatalan juga mestilah dilakukan dengan cara beradab dan penuh sopan sebagaimana berlangsungnya majlis perkahwinan," katanya.

Mohd Zaidi berkata, jika kontrak berkenaan dilanggar dengan cara begitu (melalui SMS) tanpa sebab dan alasan munasabah, pihak yang melanggar kontrak wajib menanggung segala kerugian ditanggung pihak satu lagi.

"Kerugian yang perlu ditanggung termasuk membabitkan persiapan untuk perkahwinan sekiranya majlis sudah dipersetujui bersama untuk dilangsungkan.

"Bagaimanapun, dari segi moral dan agama, jika pembatalan kontrak pertunangan dilakukan dengan sebab munasabah, ia perlu dilakukan dengan cara yang terbaik," katanya.

Exco Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Pirdaus Ismail, pula mencadangkan supaya kontrak pertunangan perlu didaftarkan bagi mengelak penyalahgunaan teknologi maklumat dalam mengambil mudah perkara membabitkan nikah kahwin.

"Islam jelas berpegang pada janji dan pertunangan adalah perjanjian yang diikat antara dua pasangan untuk melangsungkan perkahwinan justeru ia juga perlu dihormati dan tidak boleh dipermainkan.

"Jika didaftarkan, pertunangan memerlukan prosedur dan pembatalannya juga memerlukan langkah sama serta tidak boleh dibatalkan sewenangnya yang dilaksanakan dalam prosedur perkahwinan dan pernikahan,".


From The Star

Footballer who jilted bride misses training
BY Embun Majid

ALOR STAR: Hasmawi Hassan, the Kedah footballer who did not attend his own wedding reception on Friday, was also absent from training yesterday.

He was supposed to join his team at the Darulaman Stadium here at 8pm.

Reporters were there waiting for Hasmawi, hoping to find out why he had left his bride-to-be Norlida Abdul Rahman in the lurch at her home in Felda Ulu Dengar, Kluang.

Norlida's family was all prepared to host their akad nikah and kenduri with about 1,000 guests attending.

Hours earlier, Hasmawi sent Norlida an SMS asking to cancel the wedding reception.

A Kedah football team member said the entire squad had already planned to go to Kluang for the wedding but one of them received an SMS from Hasmawi saying he had some problems and that they should not go.

Kedah assistant coach Radhi Mat Din said at the stadium that Hasmawi was on leave until the end of the month.

"I do not know of his whereabouts and he has not called me."

Kedah Mentri Besar Datuk Seri Syed Razak Syed Zain, who is the Kedah Football Association president, said the association could not take action against Hasmawi as it was a personal matter.

"(But) the way Hasmawi went about it was not right. If he truly did not want to get married, he should have met the bride's family and explained," he said.

For Norlida, a nurse, the last few days had been a nightmare, reports Rizal Abdullah.

"I am still in a daze. I just can't bring myself to believe that this has happened.

"Malu sangat (very embarrassing). Why is this happening to me?" she said yesterday.

"What hurts most is that Hasmawi's family did not even send a representative to explain what had happened.

"The least they could have done was to send someone to discuss the matter with my family," she said.

"I have become the talk of the town and community. I feel so sorry for my family, relatives and friends.

"Thankfully, they have been very supportive but it will be some time before I get over this," she added.

Asked if she would still marry Hasmawi if he apologised and changed his mind, Norlida said:

"No. I have had enough of what he has done to me and my family. It has left a black mark on us for the rest of our lives."

Norlida said she had been dating Hasmawi since they met in 2001.

She was then a trainee nurse in Bukit Mertajam and he was playing for Penang and staying behind her hostel.

They got engaged in July last year.

"He was a perfect gentleman. When I was training as a nurse, he would fetch me for lunch every Saturday and Sunday if he was not away for matches."

She said he showed no signs that he wanted to back out of the marriage.

But she had sensed something was wrong when she last met Hasmawi and his family at a hotel in Seri Serdang hours before Kedah's Malaysia Cup final against Perlis at the National Stadium in Bukit Jalil on Dec 4.


From Utusan Malaysia

Hasmawi hilang selepas SMS batal nikah
By Nazarudin Shahari

ALOR STAR 20 Dis. - Striker bola sepak Kedah, Hasmawi Hassan yang tidak kunjung tiba di hari pernikahannya dan kemudian bertindak membatalkan perkahwinan itu dengan seorang gadis melalui mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) Jumaat lalu - kini menghilangkan diri.

Lebih malang kedua-dua keluarga kebingungan.

Keluarga perempuan mendesak keluarga lelaki memberikan penjelasan.

Malah sanak saudara dan rakan-rakan sepasukan semuanya sedang sibuk mencari dan mengesannya.

Semua pihak terpinga-pinga dengan tindakan 'drastik' yang diambil oleh pemain berasal dari Bukit Mertajam itu.

Majlis kenduri di rumah bakal pasangannya di Felda Ulu Dengar, Kahang Timur, Kluang itu terpaksa diteruskan kerana kad jemputan sudah diedarkan kepada kira-kira 1,000 tetamu, rakan dan saudara mara.

Bapa Hasmawi yang tidak mahu namanya dinyatakan ketika ditemui Utusan Malaysia di BUKIT MERTAJAM meminta maaf secara terbuka kepada keluarga perempuan di atas perbuatan anaknya itu.

Sementara itu, bapa keluarga perempuan pula, Abdul Rahman Mansor, 54, meminta keluarga Asmawi datang menemuinya menjelaskan dengan lanjut perkara tersebut.

"Tolong hantar wakil untuk menjelaskan kenapa perkara ini jadi begitu," katanya ketika ditemui di rumahnya di KLUANG, hari ini.

Menurut Abdul Rahman, jika keluarganya mengetahui lebih awal mengenai pembatalan majlis perkahwinan itu, kenduri tersebut akan tetap diteruskan tetapi hanya sebagai majlis doa selamat sahaja.

Ketika ditanya mengenai tindakan undang-undang, Rahman berkata, ia akan difikirkan kemudian.

Hasmawi dikatakan mengambil cuti selama beberapa hari daripada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) untuk berkahwin.

Utusan Malaysia yang menghubungi rakan sepasukannya, Akmal Rizal Ahmad Rakhli diberitahu mereka semua tidak mengetahui di mana dia berada.

"Kami semua pun tengah cari dia, semalam dia tak turun berlatih," katanya.

Pemain itu bertindak membatalkan perkahwinannya dengan seorang gadis Norlida Abdul Rahman hanya menerusi SMS, Jumaat lalu.

Norlida, 23, menerima SMS bertulis "Pa minta maaf harap Ma faham. Mungkin ditakdirkan kita tak ada jodoh. Minta maaf kat abah dan mak, bukan niat Pa untuk malukan depa" - 19 jam sebelum majlis pernikahan mereka.

Norlida berkata, sebelum itu beliau berulang kali mengesan tunangnya yang menghilangkan diri, tetapi gagal hinggalah pada pukul 2 pagi Jumaat, dia menerima SMS tersebut.

Sementara itu, Presiden KFA, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain berkata, tindakan pemain bola sepak Kedah itu membatalkan perkahwinannya dengan hanya menghantar SMS adalah perbuatan yang tidak mengikut adat resam rakyat negara ini.

Katanya, jika benar perkara itu berlaku, ia adalah satu perbuatan yang pelik kerana cara tersebut tidak boleh dilakukan oleh mana-mana individu di dunia ini.

"Kita kena siasat dulu. Mungkin ada masalah lain yang kita tidak tahu. Pada masa ini kita tidak tahu apa sebenarnya yang telah berlaku," katanya kepada para pemberita selepas merasmikan Pusat Jualan Terus Jabatan Pertanian Negeri Kedah atau Segarmart di Teluk Chengai, Jalan Kuala Kedah, di sini hari ini.

Secara peribadi, katanya, sekiranya seseorang individu itu enggan meneruskan hasrat untuk melangsungkan perkahwinan, mereka sepatutnya berterus terang mengenainya dan bukan menggunakan cara-cara yang tidak betul sehingga memalukan pihak yang sepatutnya dikahwini.

"Saya rasa semua orang boleh menerima dengan reda sekiranya kita tidak mahu meneruskan hasrat untuk berkahwin tetapi ia mesti dilakukan mengikut adat dan budaya yang telah menjadi resam rakyat negara ini," katanya.


9T9: Ma... kat sini pun boleh jadi another Pa... Dear jgan mare k, just kidding maaaa.