When govt ask them to hold
Hold it, but not to trash it, yet...
From UTUSAN ONLINE
Majlis Peguam setuju tangguh ICM
By S. ANAND KUMAR
KUALA LUMPUR 27 Feb. - Majlis Peguam menangguhkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama Malaysia (ICM) bagi mengelak timbulnya kontroversi agama selaras dengan kehendak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Pada masa yang sama, Majlis Peguam bersetuju dialog antara agama dilaksanakan terlebih dahulu seperti dicadangkan Perdana Menteri.
Pengerusinya, Khutubul Zaman Bukhari berkata, pihaknya menerima cadangan Perdana Menteri itu dengan hati terbuka.
Beliau memberitahu penangguhan ICM itu kepada Utusan Malaysia hari ini ketika mengulas cadangan Abdullah mengenai perkara tersebut.
Perdana Menteri semalam meminta penubuhan ICM ditangguhkan kerana ia banyak menimbulkan kontroversi.
Selain itu, kata Abdullah, cadangan tersebut juga perlu bagi mengelakkan sensitiviti agama di negara ini.
Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula menyifatkan cadangan itu merupakan syor yang tidak sensitif dengan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini.