18 March 2005

When not all sausage here HALAL IV

[My Malaysiana][InterFaith]

From only six [6] now iTs become one thousand six hundred [1,600] personnel will eyes on this matter. Jakim and the rest of us for sure will happy with this... and for sure illegal VCD and DVD peddler will much more happier. Ehemmm, for sure they'll thanks God for that PorkSausage.

From Utusan Malaysia

1,600 penguat kuasa halal - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri diberi tugas sepenuhnya

KUALA LUMPUR 17 Mac - Kabinet mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil alih tugas membanteras penyelewengan tanda halal sepenuhnya daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Arahan itu berkuasa kuasa mulai semalam.

Dengan keputusan ini bermakna Jakim kini hanya bertanggungjawab terhadap pengeluaran sijil halal sahaja.

Sebaliknya, kementerian itu akan menggerakkan 1,600 anggota penguat kuasanya di seluruh negara 'turun padang' melaksanakan undang-undang tegas terhadap pengusaha premis makanan yang tidak bertanggungjawab.

Menterinya, Datuk Mohd. Shafie Apdal berkata, sebelum ini, pihaknya hanya membantu Jakim menurunkan kuasa mengikut Akta Perihal Dagangan (1972) untuk Jakim menjalankan pemeriksaan.

"Tetapi semalam (mesyuarat Jemaah Menteri), kita putuskan hal penguatkuasaan terletak kepada KPDNHEP," katanya selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Bayar dan Menang Kad Berbayar di sini, hari ini.

Jakim, yang sebelum ini turut bertindak sebagai agensi penguatkuasaan berhubung penggunaan sertifikasi halal, semalam dilaporkan hanya mempunyai enam pegawai penguat kuasa bagi memeriksa dan memantau pelanggaran peraturan halal di seluruh negara.

Berikutan itu, pegawai daripada bahagian penguat kuasa KPDNHEP serta Jakim, yang mempunyai senarai yang telah diberikan sijil terbabit, mengadakan pemeriksaan di seluruh negara bagi memastikan tidak berlaku penyalahgunaan dan pihak yang diberikan kebenaran menggunakan tanda tersebut, mematuhi sepenuhnya syarat-syarat yang ditetapkan.

Mohd. Shafie berkata, mereka yang didapati bersalah menyalahgunakan sijil serta tanda halal, boleh didenda RM250,000 serta penjara tiga tahun bagi syarikat, manakala individu pula boleh didenda RM100,000 serta penjara tiga tahun mengikut Akta Perihal Dagangan 1972.

"Semua kilang-kilang pemprosesan makanan, restoran dan kompleks menjual makanan yang memproses dan menjual makanan halal, akan diperiksa dengan kerjasama Jakim," katanya.

Beliau berkata, dengan keputusan jemaah menteri semalam, KPDNHEP akan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan memandangkan mereka dapat menggunakan sepenuhnya peruntukan undang-undang sedia ada.

"Bagaimanapun, ini tidak bermakna Jakim tidak akan menyertai operasi kita lagi, mereka masih akan turut serta," katanya.

Beliau berkata, bahagian penguat kuasa KPDNHEP turut meminta kerjasama pihak berkuasa tempatan bagi membantu sebarang operasi pemeriksaan premis makanan memandangkan kebanyakan premis terletak dalam bidang kuasa mereka.

Mohd. Shafie turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang mana-mana pihak yang mengambil kesempatan daripada penggunaan tanda halal supaya melaporkan perkara itu kepada bahagian penguat kuasa.

"Kita akan ambil tindakan tegas terhadap pihak yang terbabit, pemeriksaan akan dipertingkatkan dengan penguatkuasaan lebih menyeluruh supaya perkara seperti ini tidak akan berlaku pada masa depan,'' katanya merujuk kes sebuah kilang membuat sosej di Selayang, Selangor menggunakan apa yang dipercayai usus babi sebagai sarung sosej dan menggunakan tanda halal tidak sah.

Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa penjual serta pemilik premis makanan tidak mempunyai sebab untuk tidak mengetahui sama ada makanan yang dijual di premis mereka halal atau sebaliknya.

"Tidak ada sebab tidak tahu. Jika mereka telah guna logo halal, mereka patut memastikan sama ada ia sah. Mereka boleh semak dengan Jakim," katanya.

Mengenai tindakan terhadap dua kilang pemprosesan di Selayang yang dikesan menggunakan usus haiwan dipercayai babi sebagai sarung sosej, Mohd. Shafie berkata: "Biar ia berjalan mengikut proses undang-undang. Tapi kita mahu beritahu orang ramai bahawa kita memandang serius perkara itu".


External Links:
  • 1,600 pantau logo halal KPDNHEP ambil alih penguatkuasaan daripada Jakim
  • Pelekat logo `Halal' boleh dibeli dengan mudah
  • Ministry to monitor firms manufacturing halal products