Who double cross who
[My Malaysiana]
From Harian Metro
Related News:
Diserang SMS hina peribadi - Poisoned SMS attack
Pernikahan bantu perkuat skuad Kenari - Make it better, stronger team
From Harian Metro
Ada orang KETIGA dalam hubungan kami: Norlida
PONTIAN: "Teki-teki yang bermain di fikiran saya kini terjawab dan terbukti ada orang ketiga dalam hubungan kami," kata Norlida Abdul Rahman, 24, bekas tunang pemain bola sepak Kedah, Hasmawi Hassan.
Menurut jururawat itu, dia hanya mengetahui mengenai pernikahan Hasmawi dengan gadis pilihannya, Noraini Abdul Razak, 24, malam kelmarin.
Bagaimanapun, katanya, sepanjang malam dia bersama sahabat baiknya Nur Shizana Ali, 24, berteka-teki sama ada perkara itu benar atau sebaliknya.
"Apabila mengetahui perkara itu, saya terkejut dan tertanya-tanya benarkah bekas tunang saya bernikah dengan wanita lain. Tetapi persoalan bermain di benak saya selama ini terjawab apabila menatap akhbar hari ini [semalam 15-July-2005]," katanya.
Menurutnya, selama ini dia membuat andaian bekas tunangnya sanggup membatalkan perkahwinan pada saat-saat akhir selepas semua persediaan sudah dilakukan kedua-dua pihak kerana dia mempunyai kekasih lain.
"Sejak dia membatalkan perkahwinan kami, saya sering tertanya-tanya adakah dia mempunyai kekasih lain tetapi akhirnya Allah kabulkan.
"Saya reda dengan ketentuan Allah jika ini yang ditetapkan dalam hidup mungkin perkara yang berlaku ini ada hikmah di sebaliknya.
"Jika daripada awal dia memberitahu mempunyai kekasih lain mungkin perkara ini tidak berlarutan sampai sanggup membatalkan perkahwinan pada saat akhir.
"Tiga tahun kami bercinta banyak perkara dikongsi bersama tetapi hubungan kami setakat ini apabila dia membuat pilihan bernikah dengan wanita lain.
"Saya hanya mampu mendoakan bekas tunang saya bahagia dengan pilihan hati... itu yang dia pilih walaupun hati saya terluka selepas apa yang dilakukan terhadap saya dan peristiwa hitam ini akan menjadi sejarah paling pahit dalam hidup saya," katanya.
Hasmawi menamatkan zaman bujang apabila bernikah dengan gadis pilihan hatinya, di sebuah masjid di Kota Kuala Muda, di sini, malam kelmarin.
Majlis pernikahan Hasmawi dan Noraini Abdul Razak, 24, berlangsung secara ringkas kira-kira jam 9.40 malam disaksikan keluarga kedua-dua pihak dan saudara-mara terdekat.
Sejurus selepas akad nikah, pasangan itu menghadiri majlis kenduri kesyukuran di rumah datuk pengantin perempuan di Kampung Haji Kudung, dekat sini.
Difahamkan, Noraini bekerja di Kelantan dan anak kepada seorang anggota polis yang bertugas di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Pada 23 Disember lalu, Norlida, seorang jururawat, memfailkan writ saman malu di Mahkamah Tinggi Muar terhadap Hasmawi kerana didakwa membatalkan perkahwinan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sebelum pernikahan berlangsung.
Dalam saman itu, plaintif menuntut defendan membayar ganti rugi am, ganti rugi khas berjumlah RM25,470, faedah pada kadar lapan peratus setahun untuk ganti rugi am daripada tarikh penyampaian saman dan penyataan tuntutan hingga ke tarikh penghakiman.
Selain itu, Norlida meminta faedah pada kadar empat peratus bagi ganti rugi khas dari 18 Disember hingga ke tarikh penyelesaian penuh, kos dan relif lain.
Dalam afidavit pembelaan yang difailkan Hasmawi pada 22 April lalu, dia mendakwa bertindak demikian kerana 'penyakit buatan orang'.
Dia juga mendakwa kesihatannya ketika itu turut diketahui Norlida dan keluarga bekas tunangnya itu.
Hasmawi seterusnya mendakwa keluarga Norlida, terutama kakak ipar bekas tunangnya itu, mengetahui yang dia pernah mendapat khidmat nasihat bomoh di Johor dan pengamal tradisional yang mengesahkannya terkena "buatan orang" serta tidak membolehkannya berkahwin.
Hasmawi mendakwa dia mendapat khidmat bomoh dan pengamal perubatan tradisional sekitar Disember 2004 selepas mengalami keadaan fizikal dan emosi yang terganggu sejak 2002 lagi.
Akibat tekanan itu, Hasmawi menghilangkan diri tanpa diketahui keluarganya sendiri yang kemudian dimaklumkan kakak iparnya kepada plaintif.
Peguam Norlida fail pembelaan tuntutan
JOHOR BAHRU: Peguam Norlida Abdul Rahman, 25, Shahruddin Osman, akan memfail jawapan kepada pembelaan dan tuntutan balas pihak lelaki dalam tempoh terdekat ini.
Akhir April lalu, Shahruddin menerima surat pembelaan dan tuntutan balas dari peguam penyerang bola sepak Kedah, Hasmawi Hassan yang mengemukakan tuntutan balas terhadap bekas tunangnya, Norlida.
Dalam surat tuntutan balas itu, Hasmawi meminta diserahkan kembali semua pemberiannya sepanjang hubungan mereka sebelum ini, selain mendakwa dirinya terkena 'penyakit buatan orang'.
Shahruddin ketika dihubungi berkata, selepas menerima surat pembelaan dan tuntutan balas pihak lelaki, pihaknya akan memfailkan jawapan kepada pembelaan dan tuntutan balas secepat mungkin.
Harian Metro Mei lalu melaporkan, peguam Hasmawi mengemukakan surat tuntutan balas ke atas Norlida dengan menuntut ganti rugi khas, ganti rugi am dan ganti rugi teruk sebagai jawapan surat tuntutan yang dikemukakan pihak wanita Januari lalu.
Hasmawi juga memberikan alasan menghidap 'penyakit buatan orang' sebagai sebab memutuskan pertunangan ketika menjawab surat tuntutan terpinda itu.
Shahruddin dipetik sebagai berkata, antara tuntutan balas diminta ke atas pihak wanita, termasuk menuntut dipulangkan semua barang yang dihadiahkan kepada Norlida selain wang hantaran RM5,000 untuk majlis perkahwinan.
Tuntutan lain ialah ganti rugi khas, iaitu meminta segala pemberian dipulangkan antaranya pakaian, televisyen, rantai mutiara, gelang kaki emas dan telefon bimbit.
Pihak lelaki juga menuntut ganti rugi am yang akan ditafsirkan mahkamah dan ganti rugi teruk, akibat pernyataan salah atau beranggapan dirinya difitnah.
Shahruddin berkata, jawapan balas itu akan disegerakan bagi mempercepatkan proses itu yang sudah lama tergantung, berikutan tindakan pihak lelaki mengambil masa hingga kira-kira tiga bulan menjawab tuntutan itu.
"Berikutan itu, kami kini akan menjalani proses prabicara di hadapan hakim bagi menghalusi kes berkenaan," katanya.
Menurutnya, selain lambat menjawab tuntutan, tindakan pihak lelaki membuat tuntutan balas dan mengatakan 'penyakit buatan orang' sebagai alasan kurang wajar.
"Ini kerana mereka kini perlu membuktikan Hasmawi benar-benar menghidap 'penyakit buatan orang'," katanya.
Related News:
<< Home