Its cost him RM25,470 legally
[My Malaysiana]
From Berita Harian
From Berita Harian
From The Star
From Berita Harian
Norlida tuntut RM25,470
Oleh Mohd Zin Ali
MUAR: Keluarga jururawat, Norlida Abdul Rahman, 23, memfailkan writ saman malu di Mahkamah Tinggi di sini, semalam ke atas pemain bola sepak Kedah, Hasmawi Hassan, yang membatalkan perkahwinan mereka sebelum pernikahan berlangsung Jumaat lalu.
Norlida yang ditemani peguamnya, K Sila Dass daripada Tetuan K Sila Dass & Partners dan kedua ibu bapanya memfailkan saman berkenaan kira-kira jam 3.20 petang.
Dalam saman itu, plaintif, Norlida menuntut defendan, Hasmawi supaya memberikan ganti rugi am, ganti rugi khas berjumlah RM25,470, faedah pada kadar lapan peratus setahun untuk ganti rugi am dari tarikh penyampaian saman dan penyataan tuntutan hingga ke tarikh penghakiman.
Selain itu, beliau turut meminta faedah pada kadar empat peratus bagi ganti rugi khas dari 18 Disember hingga ke tarikh penyelesaian penuh, kos dan lain-lain relif.
Sila Dass berkata, sebaik saja Hasmawi menerima saman itu, pihaknya memberikan tempoh selama 12 hari kepadanya untuk membolehkannya melantik peguam dan memfailkan memorandum kehadirannya.
Beliau berkata, pihaknya turut memfailkan sijil perakuan segera bagi membolehkan mahkamah memproses saman malu itu dengan segera.
"Tindakan defendan yang membatalkan pernikahan tanpa sebarang alasan pada saat akhir menyebabkan plaintif berasa diaib, dimalukan, dihina dan menghadapi tekanan perasaan dan kesakitan.
"Plaintif juga terpaksa menghadapi pelbagai kritikan dan cemuhan akibat sikap mungkir janji pemain bola sepak itu," katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.
Dalam penyataan tuntutan itu juga, plaintif mendakwa defendan pernah memintanya bertukar dari Pontian ke Kedah untuk membolehkan mereka membina rumah tangga bahagia.
Plaintif bersetuju dengan cadangan itu, turut dijanjikan defendan untuk dibelikan sebuah rumah, berbulan madu di luar negara serta dijanjikan kehidupan masa depan cerah.
Sementara itu, bapa jururawat itu, Abdul Rahman Mansor, 54, berkata pihaknya menerima kunjungan keluarga Hasmawi, malam kelmarin yang memohon maaf atas tindakan anaknya memungkiri janji berkahwin dengan Norlida.
Beliau berkata, bapa Hasmawi mengakui anaknya tidak pulang ke rumah dan sudah berikhtiar mencarinya sebelum ini.
"Apa yang saya masih tidak puas hati ialah sikap Hasmawi yang tidak ‘gentleman’ dan tidak mahu berterus terang alasan beliau bertindak demikian kepada anak saya dan kami sekeluarga," katanya.
From Berita Harian
Norlida lantik peguam saman Hasmawi
By Ahmad Naim Tahir
KLUANG: Jururawat, Norlida Abdul Rahman, semalam melantik peguam untuk mengendalikan tindakan undang-undang ke atas pemain bola sepak Kedah, Hasmawi Hassan, yang membatalkan perkahwinan mereka sebelum pernikahan berlangsung, Jumaat lalu.
Norlida, 23, yang ditemani abangnya, Mohd Zain, 28, dan abang angkat, Rosman Fozir, 25, pergi ke pejabat Tetuan K Siladass & Partners di sini kira-kira jam 2 petang semalam untuk berbincang mengenai kes berkenaan.
Peguam, K Siladass, ketika ditemui berkata, pihaknya akan memfailkan tuntutan saman mengikut peruntukan undang-undang am ke atas Hasmawi di Mahkamah Tinggi Muar, tengah hari ini.
"Norlida melalui pengalaman menakutkan. Bagi gadis muda sepertinya, ini sesuatu yang menyukarkan. Dia sudah mengarahkan kami mengendalikan prosiding perundangan dan kami sedang melakukannya," katanya.
Siladass berkata, notis berkenaan mengandungi tuntutan ganti rugi am ke atas kesukaran yang dialami jururawat terbabit serta keluarganya berikutan kejadian yang amat memalukan itu.
Ditanya sama ada sebarang jumlah tuntutan ganti rugi dibincangkan pada pertemuan itu serta nilai dikemukakan kepada mahkamah, Siladas berkata: "Kami tidak bincangkannya...nilainya biar mahkamah tentukan."
Norlida yang kelihatan tenang dan tabah menghadapi kejadian itu, berkata keputusan mengambil tindakan undang-undang ke atas bekas tunangnya itu dipersetujui semua ahli keluarga.
"Ayah (Abdul Rahman Mansor) setuju (tindakan undang-undang)...semua ahli keluarga bersetuju," katanya, sambil menambah rasa kasihnya terhadap Hasmawi semakin terhakis ekoran peristiwa itu.
"Buat masa ini, hati saya sudah tertutup buatnya. Lagi pun, sampai sekarang dia atau ahli keluarganya tidak langsung menghubungi saya atau keluarga," katanya.
Gadis bertubuh langsing itu bagaimanapun sedikit sedih apabila ditanya sama ada dia sedia memaafkan Hasmawi jika bekas tunangnya itu atau ahli keluarganya memohon maaf.
"Saya masih kebingungan dan tak percaya perkara ini berlaku. Malu sangat. Perkara ini tidak seharusnya berlaku dan ia menyakitkan. Hasmawi langsung tidak memberi penjelasan, begitu juga ahli keluarganya.
"Kejadian ini menjejaskan masa depan saya. Jadi, saya sudah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang sewajarnya dan menyerahkan segala urusan kepada mereka," katanya.
Kisah Hasmawi dan Norlida mendapat perhatian apabila pemain bola sepak Kedah itu memutuskan pertunangan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), kira-kira 19 jam sebelum pernikahan dilangsungkan, Jumaat lalu.
Bagaimanapun, majlis kenduri tetap diteruskan di rumah pengantin perempuan di Felda Ulu Dengar, Kahang Timur, Kluang, Ahad lalu berikutan kad jemputan sudah diedar kepada kira-kira 1,000 tetamu, rakan dan saudara mara.
From The Star
See you in court, Hasmawi tells Norlida
BY ZARINAH DAUD
BUKIT MERTAJAM: Kedah footballer Hasmawi Hassan has finally come out in the open about cancelling his wedding with Norlida Abdul Rahman, saying he will see her in court.
Hasmawi said he did not want to say much because the matter had become a court case.
"I will see her in court and I will tell all. That’s all I can say," he said at his family home in Machang Bubuk here yesterday.
On Wednesday, Norlida filed a suit against Hasmawi, for calling off their wedding.
Hasmawi, 24, was relaxed when he spoke to reporters for almost two hours. With him were his father, Hassan Ismail, 56, and his mother, who wanted to be known only as Makcik Ani.
However, he added that this would be the only time he was meeting the press because the case had now gone to court.
Hasmawi said the Kedah coach had granted him a week's leave so that he could settle his personal problems.
On his disappearance after allegedly sending the SMS on Saturday to call off the wedding, the footballer said he wanted to ease his mind as he was under tremendous pressure.
On whether he would meet Norlida to explain the situation, Hasmawi said: "Tak guna dah. Dia dah pi mahkamah." (It is pointless now. She has gone to court)
He only smiled when asked whether he still loved Norlida.
The elusive Kedah striker had gone missing since Dec 16 and only returned home last Monday.
<< Home