Be strong... Ms. Norlida
[My Malaysiana]
From Berita Harian
From Berita Harian
Rakan setugas sentiasa beri semangat
KLUANG: Jururawat, Norlida Abdul Rahman, 23, yang pertunangannya diputuskan oleh pemain bola sepak Kedah, Hasmawi Hassan menjelang pernikahan mereka Jumaat lalu, akan kembali bertugas pada 3 Januari depan selepas cuti panjang yang sepatutnya dihabiskan untuk perkahwinan.
Walaupun menyedari mungkin menjadi tumpuan, beliau mengakui terpaksa tabah menghadapi apa juga kemungkinan selepas ini.
"Saya akan kembali bertugas 3 Januari depan selepas bercuti sejak 15 Disember lalu. Saya terpaksa mula bekerja pada tarikh itu," katanya.
Norlida yang bertugas di Klinik Kesihatan Kayu Ara Pasong, Pontian, berkata beliau amat beruntung kerana mendapat sokongan rakan setugas yang sentiasa memberi semangat sejak kejadian itu.
"Pada majlis kenduri yang diadakan, semua rakan sekerja yang datang beri perangsang pada saya dan mahu saya datang kerja semula selepas cuti berakhir," katanya.
Jururawat itu mendapat perhatian apabila Hasmawi memutuskan pertunangan mereka beberapa jam sebelum pernikahan di Felda Ulu Dengar, Kahang, dekat sini.
<< Home