21 December 2004

Latest snatch thief heinous act

[Crimes]

From The Star

Pregnant woman foils grab bid
REPORT AND PIC BY HAMDAN RAJA ABDULLAH


GUTSY MOM-TO-BE: Siti Norzanaliza being reassured by her colleauges while waiting for first aid. Despite her condition, Siti Norzanaliza prevented a snatch thief from grabbing her restaurant's takings Monday.



MUAR: A fast-food outlet manager who is seven months pregnant was hit on the head with a crash helmet when a snatch thief failed to grab her bag that contained the restaurant's weekend collection.

Siti Norzanaliza Karman, 27, was going to a bank near the Kentucky Fried Chicken outlet with her colleague when a man suddenly appeared and tried to snatch her bag that contained RM30,000 in the 11.30am incident in Jalan Sulaiman yesterday.

When Siti Norzanaliza refused to let go of the bag, the snatch thief hit her on the head with a crash helmet.

Siti Norzanaliza fell and sprained her left hand during the struggle.

Several passers-by who saw the incident rushed to help her and a motorcyclist chased the man to a parking lot nearby and managed to corner him.

The snatch thief, in his 20s, tried to put up a fight but several men rushed in to help. They subsequently apprehended the suspect.

Siti Norzanaliza was rushed to the Sultanah Fatimah Specialist Hospital for treatment.

A hospital spokesman said the mother-to-be, who seemed to be in stable condition, would have to undergo a thorough check-up.

Muar deputy OCPD Supt Abu Ghani said police would seek a court order to detain the suspect to help with investigations.

He added that police would conduct a background check on the suspect to determine whether he had been involved in other snatch thefts.


From Utusan

Pengurus hamil patah tangan tangkis ragut
By TUKIRAN KITAM

MUAR 20 Dis. - Seorang pengurus wanita yang mengandung tujuh bulan patah tangan kiri selepas bergelut dengan peragut ketika dalam perjalanan untuk menyimpan wang tunai RM30,000 di sebuah bank di Jalan Sulaiman di sini pagi ini.

Norzanaliza Karman, 27, Pengurus Kentucky Fried Chicken cawangan Jalan Arab di sini, patah tangan kiri selepas terjatuh dalam pergelutan itu. Bagaimanapun, orang ramai yang melihat kejadian itu berjaya memberkas peragut yang cuba melarikan wang itu di tempat letak motosikal di lorong belakang bersebelahan bangunan Wetex Parade di Jalan Ali di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Supritendan Abu Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan polis menahan lelaki terbabit yang diserahkan oleh orang ramai untuk siasatan lanjut.

``Kita siasat kes ini mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu cuba meragut dan mendatangkan kecederaan,'' katanya.

Beliau berkata, polis masih memburu seorang lelaki lain dipercayai rakan lelaki berkenaan.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi ketika mangsa bersama seorang temannya dalam perjalanan memasukkan wang kutipan perniagaan Sabtu dan Ahad ke sebuah bank di Jalan Sulaiman di sini.

Katanya, ketika menuruni anak tangga di bahagian belakang bangunan Wetex Parade berhadapan bank berkenaan, tiba-tiba muncul seorang lelaki lalu menolak mangsa menyebabkannya terjatuh.

Kata Abu, ketika itu berlaku pergelutan antara mangsa dan lelaki terbabit sebelum penyerangnya berjaya merampas beg berisi wang tunai RM30,000.

``Lelaki itu cuba melarikan diri ke arah lorong belakang kompleks membeli-belah tetapi berjaya diberkas oleh orang ramai,'' katanya.

Abu memuji tindakan berani beberapa orang pemuda yang memberkas lelaki terbabit dan berjaya menemui semula wang yang cuba dilarikan.

Sementara itu, jurucakap Hospital Pakar Sultanah Fatimah ketika dihubungi mengesahkan wanita tersebut patah tangan kiri dan kini sedang dirawat di hospital berkenaan.

Katanya, pemeriksaan lanjut sedang dijalankan untuk mengetahui sama ada kandungan mangsa turut terjejas ekoran kejadian itu.


From Berita Harian

Pengurus hamil cedera bergelut peragut

MUAR: Pengurus sebuah syarikat makanan segera di Jalan Arab, di sini, cedera di tangan kanannya selepas bergelut dengan seorang peragut yang cuba meragut beg galasnya, di Jalan Sulaiman, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa, Siti Norzanaliza Karman, 27, dalam perjalanan untuk memasukkan wang ke dalam akaun simpanan syarikat terbabit di sebuah bank, di sini.

Beliau yang sedang mengandung tujuh bulan dikatakan membawa wang tunai sebanyak RM30,000 hasil jualan selama dua hari iaitu Sabtu dan Ahad, bersama rakan sekerjanya yang hanya dikenali sebagai Maizura.

Bagaimanapun, apabila tiba di kawasan meletak motosikal di hadapan bank berkenaan, tiba-tiba seorang lelaki berusia lingkungan 20-an cuba meragut beg galas yang dibawa mangsa.

Mangsa yang tidak melepaskan beg itu bergelut dengan lelaki itu tetapi terjatuh kerana dipercayai ditolak oleh peragut berkenaan sehingga menyebabkan tangannya cedera.

Tangannya dikatakan terseliuh kerana mahu mempertahankan beg berkenaan daripada dirampas peragut terbabit.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Superitendan Abu Abdul Ghani, ketika mengesahkan kejadian itu berkata, hasrat lelaki itu untuk merampas beg berisi wang dibawa mangsa bagaimanapun berjaya digagalkan oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian.

Beliau berkata, mereka yang melihat mangsa cuba diragut lelaki terbabit bertindak pantas memberikan bantuan sehingga menyebabkan peragut itu melarikan diri.

“Orang ramai bertindak lebih pantas dengan mengepung lelaki itu dan berjaya menahannya berdekatan dengan sebuah pasar raya di jalan berkenaan,” katanya di sini, semalam.

"Lelaki itu kemudiannya diserahkan ke Balai Polis Muar. Dia ditahan mengikut Seksyen 324 kerana cuba meragut dan percubaan mendatangkan kecederaan kepada mangsa," katanya, di sini, semalam.

Sementara itu, jurucakap HPSFM ketika dihubungi petang semalam mengesahkan Norzanaliza ditahan di wad perempuan hospital berkenaan bagi membolehkan beliau mendapatkan rawatan lanjut.

Beliau berkata, hasil rawatan awal, mangsa didapati mengalami patah tulang tangan kanan, bagaimanapun anak di dalam kandungannya disahkan selamat.